2013-06-13

PENANGGALS - KEBANGKITAN SEMULA & PERANCANGAN EP


PENANGGALS ditubuhkan pada suku tahun 1998 oleh 4 anak muda iaitu de Carcass Darmago @ Darmogo (vokal/gitar), Tarabas (gitar), de Leo Szleys (bass) dan Silbi"Riansi (dram). Pada dasarnya Penanggals memainkan genre Doom Melodic Black Metal namun Penanggals juga boleh dikategorikan Occult Black Metal. Demo “Spiritualism” diriliskan pada pertengahan 1999 dan Penanggals sempat juga merakamkan sebuah lagu berjudul ‘Amalan Hitam’ dalam kompilasi Sengatan Selatan terbitan Muzikbox Production pada 2001. Namun Penanggals terpaksa menyepi dan mengundur diri buat seketika atas isu black metal dan ajaran sesat yang pernah menggemparkan negara pada awal tahun 2000. Setelah hampir 14 tahun menyepi Penanggals bangkit semula pada 2013 dengan cetakan semula demo Spiritualism 99 dan perancangan sebuah EP yang mungkin bakal rilis penghujung tahun 2013 atau sekitar awal tahun 2014.

http://www.metal-archives.com/bands/Penanggals/3540365460

BERITA Oleh: Tok Moh
http://www.facebook.com/tok.moh.5209

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...