2014-02-16

THE DEATH OF ANALOG PSYCHO #2 - PENYERTAAN DIKEHENDAKI


Ekoran sambutan menggalakkan malah diulang cetak edisi pertamanya, kaset kompilasi THE DEATH OF ANALOG PSYCHO anjuran FAITHCRAFT PRODUCTIONS atas permintaan ramai telah dilanjutkan ke siri kedua pula. Kali ini Faithcraft Productions tidak bersendirian dalam mengusaha dan mengeluarkan kompilasi tersebut tetapi turut mendapat kerjasama dan bantuan dari NUSANTARAJIM PRODUCTION.

THE DEATH OF ANALOG PSYCHO pada masa ini di peringkat pencarian dan penyertaan mana-mana band muzik berat bawah tanah tidak kira di mana jua yang benar-benar berminat untuk bergabung di dalam kaset edisi terhad ini. Band-band berhaluan Black, Death, Doom, Thrash, Heavy Metal ataupun Punk/Crust seharusnya mengambil peluang terhidang ini! 

Material-material yang dikemukakan seharusnya punyai kualiti bunyi yang baik dan sebolehnya lagu eksklusif yang tidak pernah dikeluarkan. Segera hubungi kedua-dua label ini kerana slot adalah terhad dan permohonan untuk band yang berkeinginan untuk terlibat dalam The Death Of Analog Psycho #2 telahpun dibuka! Penyertaan anda dikehendaki!!

FAITHCRAFT PRODUCTIONS

NUSANTARAJIM PRODUCTION

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...