2014-03-07

VIDEO: TRIUMPH OV FIRE @ REUNIMETAL 4 (BATAM, INDONESIA)


“Selamat Kembali ke Batam!”.. Begitu barangkali ucapan diterima para pejuang TRIUMPH OV FIRE tatkala mereka menjejakkan kaki buat kali kedua di pulau milik Indonesia tersebut. Kali ini atas jemputan persembahan di pentas ReuniMetal 4, berlangsung pada 19 Januari 2014 lalu. Setiap detik yang dilalui adalah pengalaman (yang pasti lebih mendewasakan band ini). Kenangan berada di sana diabadikan dalam sebuah paparan video. 


“Kami mendapat jemputan untuk beraksi di ReuniMetal 4 di Batam baru-baru ini melalui bro Budi (Roh Jahat Production) yang merupakan orang kuat dari komuniti Undersickness di Batam. Kami rasa teruja dan terlalu gembira apabila dipilih untuk menjayakan event tersebut dan ini merupakan kali kedua kami ke Batam”, ujar Rock Angel vokalis TOF.

SETLIST
Berikut adalah senarai lagu yang dipersembahkan oleh TRIUMPH OV FIRE di ReuniMetal 4 yang mana berlangsung di Queen Garden Concert Hall, Bengkong Sadai – Batam:
(a) Intro
(b) Haunted Wood
(c) Story Of Your Rose (single 2010)
(d) In The Name Of Black Principle
(e) Circle Of Tyrant
(f) Mourning Palace (Dimmu Borgir cover)


Menurut Rock Angel lagi, persembahan TOF di Batam ini merupakan persembahan terbaik mereka (setakat ini) dan beliau amat berpuas hati dengan komitmen dan kerjasama setiap line-up TOF. “Berbaloi juga setelah melakukan latihan berterusan sebelum ke sana. Sambutan yang kami terima cukup puas hati. Dari awal (soundcheck), kebanyakan metalhead sana sudah memberi warning pada kami, mereka akan berada di barisan hadapan semasa persembahan TOF. Selesai persembahan, feedback yang kami terima.. positif.. Amat Positif!!!”, kata Rock Angel menceritakan respon yang diterima dari para penonton.

TRIUMPH OV FIRE dilihat kian berjaya membina nama di luarnegara, banyak menerima jemputan show di Indonesia terutamanya (sedangkan ada segelintir orang kita yang seakan irihati dan tidak menyenangi kemampuan TOF). Misi dan visi perjalanan karier TOF: “Sejak aku tubuhkan TOF ini, hanya satu impian aku… “Mau pergi sejauh mugkin, dan cuba melahirkan setiap material yang boleh membanggakan”. Aku agak cerewet dengan setiap kualiti stuff/material TOF, mugkin kerana itu, TOF terlalu slow melahirkan material-material di samping sibuk melakukan aktiviti band seperti jamming/praktis. Praktis di sini bermaksud membawa lagu-lagu lama dan baru secara berulang-ulang secara rejim”, maklum Rock Angel.


“Bagi aku, tiada yang mustahil. Kalau mereka (scene luar) hebat, kita juga hebat. Setakat ini, kami berjaya menjejakkan kaki sebahagian negeri/daerah di Indonesia. Dan aku berpuashati.. Jika mau difikirkan mereka yang iri hati, aku dan TOF takkan kemana.. Jalan terusss!!!”, tambah beliau lagi yang nampaknya bersemangat tinggi menjulang nama bukan sahaja TRIUMPH OV FIRE tetapi juga MALAYSIA di mata dunia. 

“Kenangan pahit rasanya takada.. Tapi TOF dilimpahi kenangan manis. Antaranya dapat berkenal dengan lebih rapat bersama organizer sana, metalhead sana atau lebih senang cakap, scene Batam dan Tanjung Pinang. Mereka sentiasa memberi sokongan penuh terhadap perjuangan dan perjalanan TOF sejak mereka mengenali kami. Selain itu kami dapat beramah mesra bersama band-band hebat terutamanya Warkvlt, antara band yang disegani di Indonesia”, jawab Rock Angel bila ditanya tentang kenangan pahit manis ketika menyertai ReuniMetal 4.


Rock Angel selaku jurucakap TRIUMPH OV FIRE turut menyatakan pandangan beliau tentang penganjuran ReuniMetal 4: “Pendapat aku tentang penganjuran ini, mereka telah berjaya melakukannya!!! Dan mereka harus teruskan usaha ini.. Mereka cukup serius dengan event ini. Ini dapat dilihat dengan kerjasama antara mereka (organizer, crew),  promotion yang tanpa henti sebelum event berlangsung. Banyak yang dapat aku belajar dari mereka. Band-band yang terlibat juga memberi kerjasama yang bagus kepada event ini dengan persembahan yang cukup bertenaga.. antaranya: Warkvlt, Heldrasil, Heremod, Kraton, Bad Student, Bahtera, Cheese Bvrger, Chomalets dan banyak lagi..”.

“TRIUMPH OV FIRE mengucapkan jutaan terima kasih kepada organizer/panitia kerana sudi menjemput TOF untuk menjejakkan kaki ke Batam untuk kali kedua dan menghancurkan stage ReuniMetal 4!!! Hail Batam!!! Hail Tanjung Pinang!!!”, akhirkata Rock Angel menyampaikan penghargaannya khusus buat ReuniMetal 4.

SUMBER VIDEO:

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...