2014-03-19

SIL KHANNAS - RILIS SEMULA "ASSASSIN LED BY BLASPHEMY" DEMO 1992


Sebagaimana yang dijanjikan pada penghujung tahun lalu, SIL KHANNAZ yang pada asalnya dieja sebagai SIL KHANNAS menunaikan janji mereka mengumumkan pengeluaran demotape 1992 "Assassin Led By Blasphemy" dalam bentuk pakej eksklusif iaitu kaset (semestinya kali ini berformatkan pro-tape) bersekali dengan t-shirt rilisan berkenaan. Semua ini boleh anda miliki pada harga hanya RM60 termasuk poslaju.

"Assassin Led By Blasphemy" mengandungi 4 buah lagu pra-pembikinan album pertama mereka "Conception Of Madness". Dirakam di Amerah Studio, Kompleks Pertama, Kuala Lumpur pada 24-25 Disember 1991, senarai lagu dalam demo ini adalah seperti berikut:

1. Legion Of Damned
2. Beyond My Darkest Moment
3. Eternal Obsession
4. Sinner Burning

Berkaitan t-shirt, ianya berkualiti Fruits Of The Loom dan disediakan dalam saiz pilihan S/M/L/XL/2XL/3XL. Perhatian: Pengeluaran kaset + t-shirt ini EKSKLUSIF dan TERHAD kepada 100 unit sahaja! Cuma RM60 termasuk poslaju. SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!

SEGERA HUBUNGI:
www.facebook.com/messages/ramzee.jokhannaz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...