2014-03-12

KUKUBESI - LINE-UP 2014


KUKUBESI, angkatan Death Metal Kulaijaya Johor Bahru, telah mengumumkan tentang penarikan diri gitaris asal mereka Naly yang mana tidak lagi dapat bersama dalam band atas sebab komitmen kerjaya. "Kami sangat-sangat berterima kasih kepada Naly kerana telah bersama di dalam band ini beberapa tahun. Banyak kenangan manis yang ditinggalkan bersama kami!", kata salah seorang anggota band ini. Naly adalah anggota asal barisan 4 pemuzik yang memulakan penubuhan KUKUBESI pada awal tahun 2010 dahulu.

Bersama Naly, KUKUBESI sempat mengeluarkan sebuah demo berjudul "Dictator Symbolic" berkandungan 2 lagu + intro & outro pada awal Oktober 2013. Kekosongan posisi yang ditinggalkan Naly akhirnya diganti oleh saudara Arm sebagai pemain gitar kedua pada lewat Januari 2014 meneruskan perjuangan KUKUBESI yang baru sahaja muncul berkongsi pentas bersama EXTREME NOISE TERROR (Live in Johor Bahru) pada 9 Februari 2014 dan terlibat dalam METALVAGANZA MINI TOUR bertarikh 8 Mac di Stopzone, Larkin. 


Berkaitan kekeliruan di mana ramai yang bertanya adakah KUKUBESI ini band TANDUS yang telah ditukar nama TANDUS kepada KUKUBESI? Pihak band menjelaskan: "Ok begini.. Line-up di dalam KUKUBESI dan TANDUS memang orang yang sama. Yang tiada cuma Acun (bass) dan Ical(vokal). Band Tandus masih ada, cuma mereka tidak aktif buat masa sekarang ini", kata Onesoulkiller memberikan jawaban. 

Difahamkan KUKUBESI pada masa ini selain giat menerima jemputan menyertai gig di sekitar Johor Bahru dan seluruh negara, mereka juga sedang bersiap untuk menyediakan material baru dan mengeluarkan sebuah EP sekitar tahun ini juga. Berinspirasikan band-band seperti Death, Resurrection dan Morbid Angel, KUKUBESI kini secara rasmi didukungi oleh:

Xul Axrai - Vokal
Atoi Nightscreamer - Gitar
Arm - Gitar
Ain Raptor - Bass
Onesoulkiller - Dram

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...