2014-03-20

AL FARABI BAND - EMPAYER MIM


AL FARABI BAND telah mengeluar dan melancarkan single terbaharu mereka berjudul "Empayer Mim". Nazri Alias selaku pemain gitar dan ketua kumpulan ini berkata: "Empayer Mim bermaksud suatu formula yang membawa berita besar. Ianya sebuah single terbaru dari kami yang pastinya akan terus membakar jiwa anda!".


Secara berasingan, "Empayer Mim" Single 2014 ini diedarkan pada harga hanya RM10. Pihak AL FARABI BAND turut mengadakan pakej istimewa dikenali sebagai Pakej E-Mim, terbahagi kepada dua set di mana mengandungi sehelai t-shirt, poster 20"x30" dan album single ini.

SET A: RM50 (lengan pendek)
SET B: RM55 (lengan panjang)
*Harga termasuk kos penghantaran
*Penghantaran pertama pada 24/03/2014

Sebagaimana yang diketahui, AL FARABI BAND pada Oktober 2013 lalu telah mengeluarkan sebuah album berjudul "World New Ethnic" dan ianya masih diedarkan pada harga berasingan RM25. Anda yang berminat boleh membayar pada harga promosi cuma RM30 (termasuk postaj) untuk album "World New Ethnic" + single "Empayer Mim". Satu harga untuk dua karya panas AL FARABI BAND!


AL FARABI BAND juga bakal mengadakan persembahan khas sempena pelancaran "Empayer Mim". Saksikan aksi mereka secara langsung pada Isnin, 31 Mac 2014 di Studio Al Farabi Band bermula jam 9:00 malam. Ruang hanya terhad kepada 50 orang sahaja, oleh itu hubungi mereka sekarang (tempahan ditutup pada 29/03/2014) untuk menempah tempat anda.

INFORMASI:

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...