2014-03-04

SUFFERCATION - "ANCIENT VISIONS DISAPPEAR THEN RISE CRYPTIC EXISTENCE" DIGIPAK CD 2014


SUFFERCATION, lagenda Death Metal Pasir Mas, Kelantan telah mengotakan janji mereka untuk mengeluarkan semula album kedua "Cryptic Existence" (1993). Album ini dilancarkan pada Mac 2014, dinamakan semula dengan judul "Ancient Visions Disappear Then Rise Cryptic Existence", dikeluarkan melalui Interglobal Music (Malaysia) Sdn Bhd.

Sebagaimana diumumkan sebelum ini, selain diberi penamaan semula, album ini turut menjalani proses 'remastered', rekaan dan hiasan kulit yang baharu, dirilis dalam bentuk digipak dan khabarnya turut memuatkan 2 buah lagu baru sebagai bonus. 

Tempahan untuk memiliki album ini telahpun dibuka, bermula 2 Mac hingga 16 Mac 2014. Harganya cuma RM40 (Semenanjung Malaysia) dan RM50 (Sabah/Sarawak). Dimaklumkan, untuk 100 pesanan/pembelian pertama akan menerima baucer diskaun pembelian t-shirt istimewa Suffercation. "Segala urusan pos akan dibuat selepas 16 Mac 2014 supaya senang kami jejak 100 pembeli yang terawal untuk dapatkan baucer diskaun tersebut. Harap maklum", kata Ly Razak, pemain dram kumpulan ini.

SUFFERCATION 2014: Loli / Ijall / Ly Razak / Rob Razak

Untuk mendapatkan SUFFERCATION "Ancient Visions Disappear Then Rise Cryptic Existence" Digipak CD, sila lakukan pembayaran ke akaun Maybank: 114150438152 dan/atau hubungi Adly Amir Ab.Razak untuk keterangan lanjut.

INFORMASI:

5 ulasan:

  1. Harap2 lepas ni SUFFERCATION re-release pulak 3rd album "In Sufferance".. welcome back SUFFERCATION..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hope so. tp mcm dh nk jd trend pulak band/label re-release material2 lama.

      Padam
  2. thumbs up untuk artwork. soundwise, personally saya prefer sound asal tape. remastered masih appreciable. cuma agak frust dgn kualiti digipack. better buat jewel case next time

    BalasPadam
  3. Piannn...long time no see...aku nak satu copy rilisan ni.. Contact aku kt 017-9716179

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...