2013-07-04

21/08/2013 - METALLICA LIVE IN MALAYSIA

METALLICA LIVE IN MALAYSIA | DATE : 21 AUGUST 2013 | VENUE : STADIUM MERDEKA KUALA LUMPUR | TICKET : ROCK ZONE (RM680/RM550/RM450) / FREE SEATING (RM380/RM350/RM195) | Available from July 6th and 7th exclusive public launch at Fahrenheit 88 KL (concourse area, ground floor) from 11.30am onwards. From July 8th 10am onwards, ticket will be available at all Galaxy ticketing counters at Mid Valley, Sg Wang counter and Ticket Charge website www.ticketcharge.com.my. For details, contact Galaxy Group at 03-22822020, or visit www.galaxy.com.my


INFORMASI:
www.facebook.com/metallicaliveinmalaysia
www.facebook.com/events/503566106383007
www.metallica.com/news/20130703-kuala-lumpur.asp


Satu lagi berita yang memeranjatkan buat peminat Metallica di Malaysia ialah kumpulan ini bakal menggegarkan Stadium Merdeka pada 21 Ogos 2013 ini! Penganjur konsert iaitu Galaxy Group dengan gembiranya telah mengumumkan dan telah diberi kepercayaan dengan kerjasama LAMC dan Rockstar Touring untuk mengadakan konsert Metallica Live in Malaysia. "Ini adalah menjadi satu pengalaman konsert yang paling hebat!!" Kata Alan Chan, Pengarah Urusan Kumpulan Galaxy. Sebelum ini, beberapa kali cubaan membawa masuk Metallica ke Malaysia, namun ianya tidak berjaya. Akan tetapi pada tahun ini, bagaikan mimpi menjadi kenyataan terutama peminat-peminat Metallica kerana kumpulan yang mereka tunggu selama ini bakal menjejakkan kaki ke Malaysia pada 21 Ogos 2013 nanti. Tiket berharga RM680, RM550, RM450, RM380, RM350 dan RM195 boleh dibeli pada 6 dan 7 Julai ini di Fahrenheit 88 Kuala Lumpur (ruang legar tingkat bawah) bermula pada pukul 11.30pagi. Pada 8 Julai pula, tepat jam 10 pagi tiket boleh dibeli secara terus di kaunter tiket di Mid Valley dan Sungai Wang, juga secara atas talian iaitu di www.ticketcharge.com.my

TEKS OLEH MAJALAH KARISMA
www.majalahkarisma.com
www.facebook.com/pages/MAJALAH-KARISMA/169638825869

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...