Perjalanan WYNKEN DELIRIUM telah mencapai usia 10 tahun di persada seni muzik Metal tanahair. Dua album penuh telah diriliskan; “The Alchemy Of Worlds” (2006) dan “Opinions”. Mereka diberitakan sedang dalam proses menyiapkan album yang ketiga pula. Pada 8 September 2013, Wynken Delirium bakal beraksi di Bandung Indonesia dalam acara yang bergelar HELLPRINT UNITED DAY III. Bagi mendapatkan penjelasan berkaitan perkembangan semasa Wynken Delirium, EKSTRIM telah menghubungi Harisfaisal Hamat (bass).
Apakah perkembangan semasa dari kem Wynken Delirium?
Wynken Delirium sudah mulai masuk ke studio untuk recording album ke-3 yang mengandungi 11 buah lagu. Sekarang guitar tracking sudah pun selesai untuk semua lagu tersebut. In Shaa Allah Disember nanti, drum tracking akan bermula. Untuk album ke-3 ini, kami menggunakan khidmat Roslan Aziz dan Tune Studio dan mungkin akan kekal dengan mastering di Australia. Mungkin ada surprise appearance dari kawan-kawan kami dan featuring juga.
Selain dari recording, Wynken Delirium memang banyak membuat persembahan melalui tour dan persembahan di sekitar Asia. September nanti kami akan beraksi di Bandung dan Taiwan. Oktober pula di Batam. Selain itu kami juga terlibat dengan event-event anjuran label kami THE FOUR HORSEMEN (TFHM).
Bagaimana sambutan terhadap album kedua "Opinions" (2010)?
Sambutan terhadap album OPINIONS amat positif. Kita telah mendapat pesanan dari sekitar Asia Tenggara dan kami pula tidak meletakkan di mana-mana kedai cuma sekadar promosi di event yang Wynken Delirium perform. Kami telah tour ke Philippines, Indonesia, Singapura, Thailand dan Taiwan dengan album Opinions. Lagu-lagunya bukanlah bersifat trendy kerana lebih berat ke arah New Orleans metal sound yang lebih sludgy, doomy dan berat dengan unsur-unsur nusantara. Secara amnya, hasilnya membawa kami ke banyak tempat di luar Malaysia. Kami rasakan ini merupakan suatu kejayaan.
Perbezaan "Opinions" berbanding "The Alchemy Of Worlds" (2006)?
Perbezaan antara The Alchemy of Worlds dan Opinion adalah dari segi teknikal pembuatan lagu dan merekod. Album TAoW lebih bersifat garage recording di mana semua menggunakan alat-alat yang sederhana. Recording dijalankan di rumah dan mixing dan mastering dijalan kan sendiri. Opinon masih menggunakan studio rumah tetapi dengan alatan yang jauh lebih baik dan mixing dilakukan oleh Hafiz dan Roslan Aziz di Tune Studio. Mastering pula oleh Crystal Mastering berpusat di Melbourne, Australia.
Penulisan lagu yang lebih terarah dan lebih organise berbanding antara TAoW dengan Opinions. Album kedua ini lebih mendefinasikan musik dan band Wynken Delirium itu sendiri.
Wynken Delirium bakal beraksi di Bandung, Indonesia. Ceritakan?
Peluang beraksi di Hellprint United Day III di Bandung merupakan suatu idaman setiap band UG. Kita sebenarnya memandang scene UG Bandung merupakan scene terbaik di Nusantara. Mereka melahirkan banyak band-band hebat seperti Burgerkill, Jasad, Siksa Kubur, Beside, Seringai dan banyak lagi.
Peluang beraksi merupakan suatu penghormatan kerana Wynken Delirium merupakan band luar dari Indonesia yang beraksi di acara tersebut dan ini merupakan suatu penghormatan. Kita juga harus berterima kasih pada Beside kerana merupakan sahabat baik kami yang banyak membantu.
Kami akan bertolak pada 7 September dari Singapore ke Bandung dan pulang pada 9 September kerana semua rakan-rakan lain tidak dapat bercuti lama kerana pada 27 September kami akan berangkat ke Taiwan untuk satu lagi acara di Taipei.
Hellprint merupakan acara besar Open Air Metal Festival. Kami belum mendapat peluang bermain di Rock The World, Rockaway atau acara-acara di Malaysia tapi alhamdulillah rezeki kami banyak di luar. Yang pasti kami akan memberikan persembahan yang mantap dan terbaik supaya kita dapat tunjukkan yang band-band dan musik dari Malaysia masih punya kekuatan.
Apa perancangan Wynken Delirium di masa hadapan?
Perancangan masa depan Wynken Delirium... In Shaa Allah, dengan lahirnya album ke-3 kami berharap mendapat peluang menembusi pasaran Eopah. Kami telah pun bekerjasama dengan banyak label dan band-band dari Eropah untuk merealisasikan cita-cita ini. Juga tidak melupakan scene tanahair, kita akan cuba buktikan pada peminat musik, yang pemusik-pemusik bawah tanah juga mempunya kekuatan, kreativiti dan kelebihan yang tersendiri.
Selain dari itu, terus touring dan buat persembahan sebanyak mungkin.
Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana memberi ruang pada Wynken Delirium untuk sharing sedikit sebanyak apa yang kami ada. Semoga semakin sukses buat Ekstrim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan