2013-08-29

PUAKERYSM - CONSPIRACY OF MADNESS EP 2013


Unit Thrash Metal dari Bukit Sentosa, Rawang, Selangor PUAKERYSM dilaporkan baru sahaja mengeluarkan sebuah EP berformatkan CD berjudul "Conspiracy Of Madness". Ianya bakal beredar secara rasmi pada persembahan PUAKERYSM di KL THRASHED 2013 bertarikh 1 September 2013 di Water Place, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur. Band ini dianggotai oleh Zan (vokal), Ejai (gitar), Rman (bass/vokal) dan Adhy (dram)

"Setelah bermacam-macam dugaan dan rintangan, akhirnya EP ini berjaya dikeluarkan. Didalamnya terkandung 4 buah lagu dan tambahan sebuah lagu versi live sebagai bonus. Hanya RM10 by hand. Boleh diperolehi semasa gig KL Thrashed 2013 nanti di mana kami akan bawa kesana sebanyak 50 salinan sahaja. Pesanan melalui pos dibuka selepas KL Thrashed dan akan ada tambahan kos pada harga untuk postage", kata Zan, vokalis band ini.

TRACKLIST:
1. Conspiracy Of Madness
2. Extremely Evil
3. Killing Machine
4. Curse Of Dragon
5. Conspiracy Of Madness (Live)


Menurut Zan lagi: "Terimalah buah tangan dari kami Puakerysm! Sesiapa yang ingin memiliki barangan buatan Malaysia dan 100% hasil karya bumiputra boleh jumpa kami di KL Thrashed. Kami harapkan sokongan anda! Kami tak mahu kaya, kami cuma mahu berkarya!". Selain KL THRASHED pada 1 September 2013 di Kuala Lumpur, PUAKERYSM juga dijadualkan beraksi di gig GEGARAN MINDA PART II di Ipoh, Perak pada 28 September 2013 dan MUAR METAL FEST di Muar, Johor pada 10 November 2013. 

Emel: puakerysm@yahoo.com
http://www.myspace.com/puakerysm
http://www.facebook.com/puakerysm.army

019-3621975 - Rman
017-2672768 - Adhy
017-2375671 - Zan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...