2013-08-22

PENGUASA ANJING - "KISAH SI ANJING KURAP" EP


Duo Grind/Crustcore dari Inanam/Penampang, Sabah dikenali sebagai PENGUASA ANJING telahpun merilis EP kedua mereka "Kisah Si Anjing Kurap" mengandungi 5 buah lagu dan turut diselitkan sebuah klip video. PENGUASA ANJING yang lebih senang menggelarkan muzikal mereka sebagai Anjingcore hanya dianggotai oleh Ben (vokal/gitar) dan Arnold (dram). Ben dilaporkan berkata, "Warning! Material kali ini penuh dengan kritikan dan kecaman! Fahami maksud sesebuah lagu itu baru buat rumusan!" merujuk kepada teras utama tema dalam EP kedua mereka ini. 

Edaran "Kisah Si Anjing Kurap" ini hanya pada harga RM5 (melalui tangan) / RM10 (melalui Pos Berdaftar). Pertukaran barangan dialu-alukan. Harga borong juga disediakan untuk distro. Hubungi FB Benny Pangazou atau talian 0145712696.

Setakat ini semenjak dikeluarkan pada akhir Julai 2013, edaran "Kisah Si Anjing Kurap" adalah menggalakkan. "Alhamdulillah terima kasih pada kawan-kawan yang sudah membeli.  Support la kami dengan membeli record kami untuk membantu kami membiayai perjalanan untuk tour ke Jakarta tahun depan pada bulan Julai. Sementara itu EP pertama kami Bangsat Durjana (cetakan kedua) masih lagi boleh didapati cuma RM5 sahaja. Sokongan kawan-kawan akan menjadikan impian kami untuk tour akan menjadi kenyataan insya-Allah. Support our local band and scene!!", kata Ben.

"Kalau suka band ini support, kalau tidak suka sila biarkan kami... Kami main muzik bukan kerana nama dan populariti kami bermain muzik kerana minat dan ingin menyampaikan mesej kepada masyarakat dan ketidakpuashatian kepada keadaan sekeliling!", tambah beliau menyatakan pendirian muzikal PENGUASA ANJING.


Emel: mohdaidil.pangazou.pulianabdul@gmail.com
http://www.facebook.com/pages/Penguasa-anjing-dare-to-say-no/455136474528847
http://www.reverbnation.com/penguasanjing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...