2013-05-15

ETERNAL ZINE - ISSUE #3 DALAM PEMBIKINAN


BERITA


ETERNAL ZINE telah diasaskan pada 1 Jun 2012 di Miri, Sarawak. Ianya merupakan sebuah fanzine yang “diadaptasikan” dari Borneo Metal Scene (merangkumi Sabah + Brunei Darussalam + Sarawak + Kalimantan Indonesia). 

“Pemilihan nama ETERNAL itu sendiri yang bermaksud KEKAL atau ABADI, menggambarkan maksud dan harapan saya terhadap survival Metal Borneo ini dan keseluruhannya! Dengan ini, Eternal Zine akan terus diwujudkan untuk bersama-sama memeriahkan scene Borneo yang mana saban hari, bulan dan tahun telah melahirkan banyak band-band baru, kebangkitan band-band lama serta bolehlah dikatakan scene Metal di Borneo sekarang cukup memberangsangkan dan dapat dibanggakan”, menurut kata Olee, editor fanzine ini.


Setakat ini Eternal Zine sudah meriliskan issue #1 dan #2 pada tahun 2012 di mana telah berjaya dicetak/jual sebanyak 250 naskah (untuk pengetahuan semua kedua-dua issue ini tidak akan diulang cetak lagi atas sebab-sebab tertentu). Nota: Issue #1 terdapat 2 edisi di mana edisi pertama (asal) dikeluarkan pada Januari 2012, manakala edisi kedua adalah re-issue dengan kulit baru.

“Buat masa ini Eternal Zine dalam proses menyiapkan issue ke #3 yang dijangka siap pada awal Julai nanti. Kali ini Eternal Zine akan memaparkan interviu istimewa dari DRACONAEON - Brunei Melodic Death Metal!! yang mana band yang diasaskan pada tahun 1999 ini masih bernafas sehingga sekarang walaupun silih berganti anggotanya! Issue kali juga akan memaparkan interviu bersma Karacoma (Brunei), Shamanic Rites (Sarawak), Mortuary Ancestor (Sabah), Akagrish (Sabah) dan banyak  lagi...”, tambah beliau bercerita tentang pembikinan issue terbaharu.

Amaran! Zine ini bebas dari unsur-unsur politik sampah & ajaran sesat kecuali kamu sendiri yang berfikiran sesat! dan tidak pernah mengalakkan perkauman! Kita Jangan Cari Perbezaan... Kita Carilah Persamaan Di Antara Kita.. iaitu Support Your Local Metal Scene!! 

Untuk info lebih lanjut boleh berhubung terus di:
http://www.facebook.com/groups/Eternal.Bloodbrother
http://www.facebook.com/eternalzine
http://www.facebook.com/olee.metalstorm
Emel: eternalzine@ymail.com
Tel: 016-5794253 (Olee)

8 ulasan:

  1. best la ada zine2 yang ada prinsip / scope dlm penghasilan sesebuah zine. mcm eternal zine ni dia totally cover scene Borneo, tu yg menjadikan eternal zine ni satu yg EXCLUSIVE. congrat, teruskan dan good luck bro!

    BalasPadam
  2. Donny Death 9Curse Of God)15 Mei 2013 pada 12:21 PTG

    Supportlah zine2 dan band2 tempatan kita.....semoga editor2 Zine khasnya Sabah/Sarawak,lebih maju kehadapan..demi mengangkat scene Bornoe khasnya.

    BalasPadam
  3. Ini yang kita di Borneo mahu..dalam satu wardah khas utk scene borneo \m/

    BalasPadam
  4. Idea yg bagus dari sang editornya! Ini baru d namakn support your local metal scene!! Tdk seperti zine2 yg lain yg lebih mengagungkn bnd luar!! Salute and respect sang editor \m/

    BalasPadam
  5. terbaik tak sabar nak tunggu keluar...1 zine jak aku ada http://1.bp.blogspot.com/-J4Mr-Hq96Hc/UZJdmnhRL9I/AAAAAAAAAyo/XrMDNoy7uog/s1600/%25231.bmp

    BalasPadam
  6. Maju terus Borneo Metal scene....harap2 Brunei underground scene jugak akan terus berkembang bangkit lah,bangkit lah tunjuk kan taring mu...hahaha...Aku support Brunei underground scene and Borneo scene...Hail Eternal !!!

    BalasPadam
  7. Maju terus Borneo Metal scene....harap2 Brunei underground scene jugak akan terus berkembang bangkit lah,bangkit lah tunjuk kan taring mu...hahaha...Aku support Brunei underground scene and Borneo scene...Hail Eternal !!!

    BalasPadam
  8. Terbaik dari ETERNAL ....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...