2013-05-02

NARSAMUM - BLACK DYING SUN ALBUM 2013


BERITA



Sengatan Selatan kembali!!! Wira Technical Death Metal Johor, NARSAMUM bakal kembali di tahun 2013 ini dengan sebuah album penuh diberi judul "Black Dying Sun". Difahamkan bahawa proses mixing dan mastering album ini telahpun diselesaikan dengan jayanya. Terdapat perkhabaran juga bahawa mereka telah berhubungan dengan Earache Records, mungkin berkaitan rilisan album ini. Jika benar, diharapkan ia perbincangan yang berhasil dan berbaloi untuk perjuangan Narsamum selama ini. Narsamum kembali selepas 20 tahun meriliskan Reh/Demo #1 "Blasphemy..Revenge..Reincarnation" pada tahun 1993 dan selepas 13 tahun meriliskan Cass EP "Dream Of Death" pada tahun 2000. Untuk album ini, Narsamum dibarisi oleh: Najib (vocal), Hata (guitar), Pozy (drum) dan Epul (bass). Ayuh Narsamum, luaskan kuasamu...

Sebuah lagu dari album tersebut berjudul 'Black Midnight Pain' telahpun diperdengarkan di laman ReverbNation mereka: www.reverbnation.com/play_now/16636059

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
http://www.facebook.com/Narsamum666
http://www.reverbnation.com/narsamum
http://www.metal-archives.com/bands/Narsamum/27891

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...