2013-05-21

SINGHASARI - HALAMAN JEJARING RASMI & PENERBITAN SPLIT


BERITA


Halaman jejaring SINGHASARI secara rasminya telah diwujudkan tanda memberi nafas dan amaran bahawa Singhasari masih wujud. Pengiran Andika Harimau Berantai dilaporkan berkata halaman rasmi Singhasari ini lebih tersusun dan lebih mudah untuk diakses. "Saya akan menutup FB page Singhasari apabila laman web rasmi Singhasari selesai dibina. Di laman web saya abadikan semua jawapan-jawapan temuramah-temuramah menarik yang pernah saya jawap bersama Singhasari, begitu juga sampel audio dan banyak lagi info-info menarik. Jemput kemari. 70% pembinaan hampir siap", ujar beliau lagi yang merupakan penemu dan peneraju utama kumpulan berpaksikan Nusantara Pagan Metal dari Petaling Jaya, Selangor ini. 

Di awal tahun 2013, Singhasari kembali aktif setelah tempoh menyepi selepas lahirnya EP "Kebangkitan Nusantara" serta cetakan pengeluaran semula pada Jun 2011. Singhasari kini sedang merangkakan sesi latihan demi untuk mengeluarkan rilisan Singhasari yang selanjutnya iaitu sebuah terbitan split bersama 3 band dari luarnegara. Split ini akan diberi judul "A Worldwide Uprising Against Z.O.G" serta akan diterbitkan oleh syarikat rakaman berhaluan kanan dari Jehrman. Difahamkan split berkenaan adalah dengan Ixtaukayotl (Mexico), KriegSSchwur (Jehrman) dan Pieravaracien (Belarus). Nantikan berita selanjutnya di halaman jejaring rasmi Singhasari.

Halaman Rasmi:
http://www.singhasari.weebly.com

Halaman Sokongan:
http://www.facebook.com/pages/Singhasari/126050384128585
http://www.myspace.com/singhasari
http://www.last.fm/music/Singhasari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...