2013-05-30

BESTIAL HELLCULT - SELESAI RAKAMAN LAGU BARU

BESTIAL HELLCULT, sebuah kumpulan muzik Black/Death Metal dari Seremban, Negeri Sembilan dilaporkan telah selesai proses rakaman lagu-lagu terbaru mereka sebagai susulan kepada rilisan "Hell Beast" Promo yang dikeluarkan tahun lalu. "Kami sudah selesai merekod dua buah lagu baru. Lagu-lagu itu akan dimuatkn dalam sebuah split bersama band dari Perancis", kata mereka. Kemudiannya nanti turut dimaklumkan tentang perancangan sebuah EP yang mungkin dikeluarkan selepas split ini diriliskan.

EKSTRIM juga bertanyakan tentang bagaimana gambaran untuk lagu-lagu baru mereka dari segi susunan muzik, adunan bunyi, dan sebagainya serta rujukan yang diambil dalam proses penulisan lagu dan rakaman: "Gambaran untuk lagu baru ada sedikit cerita peperangan dan kematian. Kami banyak mendengar band dari Kanada dan lain-lain. Rujukan kami ialah Blasphemy, Beherit, Naked Whipper, Goatpenis dan lain-lain, terlalu banyak hendak disebutkan".


Hell Beast Promo telah diriliskan pada tahun 2012 melalui Metal Porn Production. "Sambutan promo Hell Beast sangat mengalakkan. Terima kasih kepada kawan-kawan yang menyokong band baru macam kami ini. Secara amnya promo tersebut telah habis, promo itu diriliskn dalam 50 keping, mungkin masa akan datang kami akan riliskan kembali promo itu", kata pihak BESTIAL HELLCULT menceritakan perihal sambutan dan status terkini Promo CD tersebut.

BESTIAL HELLCULT turut menjelaskan yang mereka selaku band baru memang terasa gugup bila berada di atas pentas. Namun kegugupan tersebut tidak dijadikan halangan untuk band ini mahu terus beraksi. "Live show terbaru kami ialah Pictavian Invasion Over Malaysia, ia merupakan satu pngalaman berharga apabila kami dapat berkongsi pentas dengan band-band yang hebat. Kalau ada organizer nak ajak main gig lepas ini bolehlah cari kami di facebook Bestial HellCult", ujar mereka yang dianggotai oleh Hatred - Hellaxe Grinder, Hammerbeast - Fatal Skullcrusher dan Hellxastor - Necrovomits. 

http://www.facebook.com/bestialhellcult666

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...