2016-01-28

WURUJU - MAHARAJADHIRAJA TOUR DI MALAYSIA


WURUJU buat julung kalinya dijadualkan menjelajahi beberapa buah bandar utama di Semenanjung Malaysia penghujung Januari ini. Berteraskan irama Melodic Black Death Metal, WURUJU sebenarnya sebuah kumpulan muzik usahasama dua negara serumpun; Malaysia dan Indonesia. Vokalis band Black Metal MISTIK iaitu Akey telah bergabung idea dan tenaga bersama beberapa pemuzik terkemuka Indonesia untuk membentuk WURUJU di sekitar awal 2015. Selengkapnya, jenama WURUJU diusung oleh Akey (vokal/MISTIK), Sutan Heila (gitar 1/TRAUMA), Nara (gitar 2/JIBRIEL), Ozzy (bass/GORDON) dan Levoy (dram/PROLETAR).


Dalam rangka tour Maharajadhiraja 2016 di Malaysia ini, WURUJU akan tampil membuat persembahan di tiga lokasi terpilih iaitu Melaka pada 29 Januari, diikuti Kajang (Kuala Lumpur) keesokan harinya dan hari terakhir 31 Januari 2016 di Pulau Pinang. Mereka akan turut disertai beberapa band tempatan sebagai aksi pembukaan dan sokongan. Rujuk pautan-pautan berikut untuk perincian informasi di lokasi-lokasi yang dimaksudkan:

29/01/2016 - MAHARAJADHIRAJA TOUR 2016 (MELAKA)
30/01/2016 - MAHARAJADHIRAJA TOUR 2016 (KUALA LUMPUR)
31/01/2016 - MAHARAJADHIRAJA TOUR 2016 (PULAU PINANG)

Tour ini adalah peluang baik buat penyokong-penyokong muzik metal tempatan mengenali lebih dekat keujudan dan keunikan WURUJU. Ayuh merapat!!!

INFORMASI:
facebook.com/events/1035565829796902
facebook.com/wurujunusantara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...