2013-05-21

ANTACID - SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-10


BERITA


Tidak dapat dinafikan bahawa ANTACID adalah antara band Thrash Metal tempatan yang paling menyerlah bukan sahaja di negara sendiri, tetapi perhatian dan penerimaan global terhadap band ini cukup positif dan cemerlang! Kedudukan mereka sejak kebelakangan ini agak sedikit menyepi, tetapi itu bukan bermakna ANTACID telah mati.. diam mereka diam berisi! Hakikatnya telah dirancang untuk meletakkan ANTACID sedikit ketepi bagi membolehkan beberapa anggotanya mengembangkan kreativiti melalui projek-projek seperti Lobotomy, Nuclear Strikes, Vault, Kathgor dan beberapa lagi. 

Mungkin tanpa disedari peminat-peminat sendiri, usaha ANTACID memartabatkan keaslian Thrash Metal telah menghampiri usia 10 tahun. Untuk itu, baru-baru ini ANTACID mengumumkan bakal melaksana satu keraian merayakan 10 tahun penubuhan, kewujudan dan perjuangan band Thrash Metal berasal dari daerah Kajang, Selangor ini. Agenda sambutan buat masa ini masih dalam perancangan dan penelitian. Yang pasti bakal ada show khas "Thrashing Massacre Live". Harapnya akan ada rilisan eksklusif juga bersempena perayaan ini, mungkin adanya pengeluaran satu Single atau kompilasi seleksi lagu-lagu terbaik ANTACID sepanjang 10 tahun perjalanan mereka, siapa tahu.. 


ANTACID yang telah ditubuhkan pada 2003 telah merilis beberapa CD, tape dan split, antaranya:
- Living In Disorder Demo Tape 2003
- Thrashing Mania Demo CDR 2004
- Promo CDR 2005
- Demon Seed Of Thrash CDR 2005 (split bersama RAPED GOD and INCINERATOR)
- Steel Thrashing Massacre Demo Tape 2006
- Atomik Thrashing Acid LP 2008
- Metal Chaos Around The World CD 2009 (split bersama HATRED)

Nantikan kemunculan semula ANTACID dalam sambutan ulangtahun ke-10 mereka... Thrash until Death!!!

http://www.facebook.com/pages/Antacid-Official/473460506020132
http://www.metal-archives.com/bands/Antacid/47133

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...