2013-05-19

UNGODLY DEATH - RILIS SEMULA DEMO "LOST NATIONS"

AFTERLIFE PRODUCTIONS adalah salah sebuah label yang peka dalam merilis semula khazanah-khazanah terbaik metal tempatan, rilisan terdahulu yang pernah mewarnai sejarah pembangunan muzik metal di Malaysia ini dikeluarkan semula dalam format yang lebih baik dan profesional. Selepas produksi VULGA “Mayhem With Mercy” dan SUFFERCATION “Day Of Darkness (The Re-awakening)”, AFTERLIFE PRODUCTIONS kembali dengan gilapan semula khazanah UNGODLY DEATH “Lost Nations”. 


UNGODLY DEATH yang ditubuhkan pada 1987 adalah sebahagian daripada sejarah awal pembentukan dan pembangunan scene muzik Metal Underground di Sarawak Bumi Kenyalang, bergerak bersama band-band seperti Senseless Death (kemudiannya Senseless), Sputum, Lost Infidel, Blockhead dan beberapa nama lagi. Perjuangan UNGODLY DEATH dibuktikan dengan kelahiran demo pertama mereka sekitar Januari 1992 berjudul “Lost Nations”. Empat tahun kemudian, pada tahun 1996 band ini dibubarkan, meninggalkan demo tape “Lost Nations” satu-satunya tanda kewujudan dan kesan perjuangan band Obscure Death Metal ini. Difahamkan UNGODLY DEATH telah dibentuk semula pada 2009 namun belum ada material-material baru yang benar-benar rasmi dalam mewakili nama UNGODLY DEATH ini.


Selepas lebih 20 tahun “Lost Nations” termaktub dalam sejarah pergerakan muzik metal Sarawak, malah scene di Malaysia ini keseluruhannya, demo tape 5 buah lagu itu dirilis semula dalam format CD profesional oleh label AFTERLIFE PRODUCTIONS. Ini peluang terbaik buat semua; buat mereka yang terdahulu melalui pahit-manis perjuangan Metal tempatan mengimbasi dan menikmati semula kenangan dan penangan UNGODLY DEATH dan buat generasi masakini mengenali dan mempelajari susah-payah band berasal Kuching, Sarawak ini bangkit membina revolusi scene metal tempatan sehingga terbentuk apa yang kita ada pada masa sekarang. Inilah DEATH METAL dalam bentuk yang cukup-cukup asli! RM25 untuk satu peluang yang tidak mungkin kembali lagi.

Tracklist:
01. Beginning of the Ancient Antichrist - 9:00
02. Jesus the Scummy God - 6:50
03. Rotting Christ - 4:45
04. Lost Nation - 6:30
05. Morbid Truism - 8:45

Label:
http://www.afterlifeprod.com
Emel: afterlifeprod@yahoo.com

Band:
http://www.facebook.com/pages/Ungodly-Death/205673559447767
http://www.reverbnation.com/ungodlydeath
http://www.metal-archives.com/bands/Ungodly_Death/40105

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...