2014-11-01

DIY DISTRO & RECORDS: DELUSI "MANIFESTASI" DEMO-TAPE


Official Release terkini dari label DIY DISTRO AND RECORDS adalah Edisi Kaset untuk Demo 2014 dari DELUSI berjudul "Manifestasi". Selain daripada 5 buah lagu asal dari versi CD-R yang sebelum ini dikeluarkan oleh FATAMORGANA MUSIC PRODUCTION, edisi kaset keluaran DIY DISTRO AND RECORDS turut memuatkan 2 buah lagu bonus menjadikan keseluruhannya 7 buah lagu dimuatkan, seperti berikut:

01. Manifestasi
02. Igau
03. Dimensi
04. Jurang
05. Fantasmagoria
Bonus:
06, Fatamorgana
07. Gelita


Bagi yang terbuka dalam menerima apa jua jenisan muzik underground dan mahu berada dalam penjelajahan runut bunyi Ambient yang kelam dan depresif, dipenuhi suasana spiritual serta bersifat meditatif, bolehlah segera mendapatkan pita audio ini yang tampil dengan hiasan hadapan berlainan.

Kaset rilisan DIY DISTRO AND RECORDS ini terhad kepada 33 unit sahaja dan mula berada di pasaran pada 30 Oktober 2014. Hubungi laman facebook pihak label untuk mendapatkan maklumat harga dan pembelian.

INFORMASI:

BERKAITAN:
DIY DISTRO AND RECORDS - DIY13: DELUSI "MANIFESTASI" DEMO-TAPE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...