2014-11-28

BULETIN METAL MALAYSIA BIL.06/2014


Memaparkan berita-berita ringkas, terkini dan perkembangan semasa dari: SIAL, DIABOLICURST PRODUCTIONS, SICKNESS, THE CASKET, GRUNDAR DEATH FEST, HAFYUKAL, NIGHT ART PRODUCTION, GRINDFEST, KL BLACK FEST dan PHENOMISTIK.

SIAL
Depressive Black Metal / Ambient yang terus meningkat reputasinya SIAL sebagaimana diketahui sedang menanti rilisnya beberapa produk terbaharu, antaranya "Abadi" Promo CDR (promo kedua SIAL bagi tahun 2014), split "Delusional Sight" bersama NECROSADIK (Mexico) dan split "Simfoni Depresi" bersama IN SOLITUDE I STAND (Itali). Dalam pada menunggu keluaran-keluaran tersebut, SIAL berkesempatan menyiapkan prebiu memperdengarkan lagu ciptaan terkini berjudul Murung II.

DIABOLICURST PRODUCTIONS
DIABOLICURST PRODUCTIONS dijadualkan merilis sebuah kompilasi pada 2015 nanti disertai band-band antaranya ABHORER (Singapura), VEHEMETH (Malaysia), EVIL OATH (Belanda), TYPHOEUS (Greece), OLD THRONE (Mexico), THE HELL (Serbia), DEW OF NOTHING (Mexico), INTESTINAL ROT (Kanada), RITUAL SLAUGHTER (Usa), HELLDUST (Indonesia), INFERNAL EXECRATOR (Singapura), FRAGARAK (India), BARZAKH (Indonesia), PURGE OF ARBITRATOR (Malaysia). Pihak label juga masih menanti pengesahan dua buah band lagi yang mana belum dapat diumumkan namanya buat masa ini.


SICKNESS
Goregrind Johor Bahru SICKNESS mengeluarkan merchandise terbaharu – "Putrefying Necropsy" T-Shirt melalui label mereka GRUNDAR PRODUCTION [Kat#: GM-TS 017]. Tag: Grundar Merchs / Gildan Premium Cotton. Saiz: S/M/L/XL. Status: stok tersedia / masih ada. Harga: RM35 (edaran tangan) / RM40 (poslaju Semenanjung) / RM45 (poslaju Sabah & Sarawak). Akan datang dari GRUNDAR PRODUCTION: CHELATION INTOXICATION "Kisah Si Kanibal Penjual Sate" T-Shirt [Kat#: GM-TS 018].


THE CASKET
Band Death Metal THE CASKET yang baru sahaja mengeluarkan album debut "Rise The Undead" pada 1 November 2014 lepas kini melancarkan pula pengeluaran t-shirt official band berkenaan di bawah produksi dan cetakan JENAZATH MERCHANDISE. Tempahan untuk memiliki t-shirt (tertulis The Zombie Repulsive Unit: Destroy, Dominate & Doomed bersama cetakan artwork menarik di bahagian hadapan dan belakang) tersebut telah mula dibuka sejak 1 Disember 2014.


GRUNDAR DEATH FEST
Festival Brutal Death / Grind / Gore terbesar di selatan tanahair GRUNDAR DEATH FEST dijadualkan kembali untuk siri ke-3 penganjurannya pada 7 Mac 2015 akan datang! Untuk siri kali ini yang dirancang berlangsung di Sports Cafe City Plaza, Johor Bahru, 4 buah band telahpun mengesahkan tempat; UNVEILED (Brutal Death Metal Johor Bahru), PANIC DISORDER (Dynamic Death Metal dari Jakarta), DAMOKIS (Grindcore Johor Bahru) dan GORESLUTS (Death-Grind Kuala Lumpur). REHEARSE (Death Metal Serdang) dan THE CASKET (Death Metal dari Sabah) juga antara yang dijangka mengisi slot.


HAFYUKAL
Rilisan semula EP 2013 "Sumangat Tok Janggut" dari HAFYUKAL melalui label baru BLOODY BAT PRODUCTION kini sudahpun berada di pasaran pada harga RM10 (edaran tangan) + RM4 posdaftar / RM6 poslaju Semenanjung / RM10 poslaju Sabah/Sarawak. Kelainan edisi rilisan semula ini yang dicetak terhad 50 salinan berbanding versi asal adalah penggunaan artwork baru sebagai penghias kulit hadapan. Kepada yang berminat untuk merasai pengalaman muzikal Culturalistica Folk Metal bawaan HAFYUKAL, boleh hubungi facebook.com/MTDProduction (agen edaran rasmi BLOODY BAT PRODUCTION) untuk mendapatkan salinan anda!

NIGHT ART PRODUCTION
Label bertapak di Taiping, Perak – NIGHT ART PRODUCTION baru sahaja melancarkan rilisan terbaharu iaitu DEMONIFICATION "Hell Will Be Yours" dalam format Pro-Tape. Seterusnya dalam perencanaan keluaran label ini adalah BLASPHEMYTH "Ave Hubal" yang merupakan rilisan semula demo kedua band satanic Death Metal asal negara Morocco ini. "Ave Hubal" dijangka rilis pada Disember 2014 terhad 100 salinan. Kemudian diikuti pengeluaran semula demo "Y.I.K.I.T.A" dari salah-satu lagenda Black Metal Perak ZUBIRUN di mana rilisan ini nanti turut memasukkan lagu dari promo dan beberapa bonus tambahan. 

GRINDFEST
Barangkali ramai yang tidak begitu mengenali GRINDFEST, sebuah band Grindcore dari Sabah. GRINDFEST sebenarnya sebuah projek yang diujudkan oleh salah seorang anggota kumpulan PERPETUAL. GRINDFEST sebelum ini pernah mengeluarkan "Mass Appeal Noise" Rehearsal Tape 1998 dan "Wartime Conspiracy" Demo 2000. Setelah sekian lama menyepi, GRINDFEST dikhabarkan bakal kembali dengan material dan produk rilisan baru.

KL BLACK FEST
KL BLACK FEST dijadualkan kembali untuk edisi tahun 2014 pada tarikh 28 Disember nanti. Kali ini bakal menampilkan aksi-aksi pentas dari NOSFERATU (Indonesia), AS SAHAR (Singapura), NEFTARAKA, DEMONICAL CRISIS ASSEMBLY, UNHOLY RITES, CORONATION, DAMAQ, LAKHUSISTIC dan TERSEMBUNYI. Pihak penganjurnya METAL WARRIOR PRODUCTION akan mengeluarkan flyer rasmi sedikit masa lagi di samping mengumumkan lokasi di mana acara di bakal dilangsungkan.


PHENOMISTIK
Nusantara Metal dari Singapura PHENOMISTIK terdiri daripada dua bekas anggota AS SAHAR iaitu Wan As-Sahar (atau One Barchiel) sebagai vokalis dan pemain gitar & bass serta Wan Akhzareth di posisi dram. Mereka bakal mengeluarkan rilisan sulung berjudul "As-Sahar". Ianya adalah sebuah album mini dalam format Digipak Pro-CD dijadualkan berada di pasaran pada Disember 2014 atau selewatnya Januari 2015.

Kepada mana-mana pihak band, label, zine dan sebagainya yang ingin memuatkan maklumat terbaharu dalam dokumentasi BULETIN METAL MALAYSIA edisi akan datang, sila e-mel kepada ekstrimzine@gmail.com atau mesej di facebook.com/piankvlt. Sokongilah gerakan muzik metal / underground buatan tempatan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...