2014-11-06

DIABOLICURST PRODUCTIONS - HAMPIRI RILISNYA SPLIT VEHEMETH / SEREIGNOS


Split VEHEMETH / SEREIGNOS yang sebelum ini dilaporkan dalam senarai rancangan pengeluaran DIABOLICURST PRODUCTIONS kini semakin menghampiri tarikh ianya dikeluarkan. Pihak label telah mula menjana promosi split berjudul "Easternic Tyrannical Duobolicults" melalui sebaran flyer dan juga treaser.


"Easternic Tyrannical Duobolicults" bakal disediakan dalam format Digipak CD, diedarkan pada harga RM30 (pasaran tempatan) atau USD10 (pasaran antarabangsa). Digipak CD ini bakal menampilkan artwork dari ART OF SICKNESS 666 dan JENGLOT HITAM ARTWORK.

Penyokong-penyokong VEHEMETH (Unholy Black Metal dari Perak) dan SEREIGNOS (Extreme Black Metal dari Kediri, Indonesia) bolehlah bersiap-sedia mulai sekarang kerana "Easternic Tyrannical Duobolicults" akan rilis tidak lama lagi!

INFORMASI:

TERDAHULU:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...