2014-11-12

BRAIN DEAD - CETAKAN KEDUA "FROM THE ECSTACY" CD


THRASHINGFIST PRODUCTIONS yang benar-benar kental jatidirinya sebagai sebuah label metal ekstrim tempatan memberikan komitmen yang cukup baik terhadap materialisasi karya hebat album BRAIN DEAD "From The Ecstacy" (1992) bilamana label yang telah lama bergiat cergas di utara Semenanjung ini dijadualkan mencetak semula album tersebut untuk kali keduanya atas desakan permintaan ramai. Diingatkan, cetakan kedua ini adalah yang terakhir dan tiada lagi cetakan ketiga!!

Terdahulu, cetakan pertama "From The Ecstacy" dalam format CD dikeluarkan oleh THRASHINGFIST PRODUCTIONS sekitar tahun 2010 sebanyak 1000 keping dan dilaporkan telah mendapat sambutan luarbiasa dan habis diedarkan. Menurut pihak label, melalui cetakan kedua ini ianya agak istimewa di mana setiap CD dilengkapi booklet 8-halaman yang memuatkan senikata lagu, himpunan foto lama serta temuramah terkini bersama Ein Possessor. Tambah menarik, rilisan ini juga disertakan 4 lagu bonus dipetik dari kompilasi "Dark Live Collection" dan "Death and Dead Live 1993".

THRASHINGFIST PRODUCTIONS juga memaklumkan kuantiti keluaran cetakan kedua ini hanyalah sebanyak 500 keping sahaja. Jumlah ini hakikatnya satu amaun yang begitu terhad untuk sebuah khazanah Death Metal yang terawal di rantau nusantara ini apatah lagi memandangkan pengedaran THRASHINGFIST PRODUCTIONS seperti yang diketahui bersebaran ke serata pelusuk dunia. Dengan jaminan kualiti yang jauh lebih baik dari rilisan pertama, "From The Ecstacy" CD cetakan kedua akan dirilis secara rasmi sekitar Disember 2014 pada harga ditawarkan cuma RM30 termasuk poslaju. 


Tempah salinan anda sekarang! Pesanan anda tidak memerlukan wang pendahuluan. "From The Ecstacy" adalah sebuah album wajib-milik untuk semua pencinta Death Metal tanahair. Setelah 22 tahun usia album ini, "From The Ecstacy" utuh di paksi gelombang pertama Metal Ekstrim Malaysia! Dengan kadar segera sila hubungi: facebook.com/stormingsteels,

INFORMASI:
facebook.com/pages/Thrashingfist-Prodsdistro/1432350357003397
facebook.com/pages/BRAIN-DEAD/86146964427

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...