2013-05-31

PENANGGALS - RILISAN SEMULA SPIRITUALISM DEMO 1999

SETELAH 14 tahun berlalu, grup Occult Black Metal dari Muar, Johor mengambil keputusan untuk mengeluarkan semula demo cult mereka berjudul "Spiritualism" yang asalnya beredar di tahun 1999. Terdahulu dalam format kaset, cetakan semula ini adalah dalam bentuk cakera padat. Demo CD ini telah mula berada di pasaran, mengandungi 7 buah lagu; di mana dua daripadanya instrumental (intro & outro), 4 lagu dipenuhi dengan bisikan puaka dan sebuah trek bonus.

 
 

Difahamkan juga demo rilisan semula ini akan boleh diperolehi sewaktu berlangsungnya gig Southern Metal Assault pada 9hb Jun 2013 nanti [baca info gig di sini] pada harga RM10. Tracklist dalam demo "Spiritualism" adalah seperti berikut:
01. Blood And Satanic (Intro)
02. Malam Jumaat Kliwon
03. Black Magic Book
04. Spiritualism
05. Hellishlinthar
06. In The Name Of Penanggals (Outro)
07. Amalan Hitam (Bonus Track)

HUBUNGI:
http://www.facebook.com/tok.moh.5209

IDEOLOGI SENI SEARCH

TEMPOH HAYAT SEARCH
Oleh KOSMO | www.kosmo.com.my


DALAM belantika muzik Malaysia, nama grup Search merupakan nama yang paling dominan dalam genre muzik rock.Menyebut nama Search, apa yang turut ligat dalam pemikiran peminat mereka adalah katalog untaian lagu yang sentiasa malar segar.

Antara yang paling melekat dalam pemikiran hampir semua generasi yang membesar sekitar tahun 80-an ialah lagu Isabella atau Fantasia Bulan Madu.

Itu belum diambil kira jika anda merupakan peminat tegar Search, maka lagu-lagu seperti Pawana, Isi Atau Kulit, Langit Dan Bumi mahupun Gothic Malam Edan adalah untaian lagu biasa yang menjadi 'perhiasan' bibir setiap kali grup tersebut mengadakan persembahan.

Selain begitu terkenal dengan lagu-lagu malar segarnya, Search pada ironinya menjadi ikutan kerana karakter fesyen dan karisma setiap anggotanya. Vokalisnya, Amy sentiasa tampil dengan fesyen yang menjadi ikutan.

Permainan gitar yang konsisten serta nilai fesyen yang tinggi dalam diri dua pemain gitar adik-beradik mereka, Din dan Kid juga tidak boleh disangkal.

Nasir, si pemain bass yang sentiasa kelihatan serius, biar hakikatnya seorang yang begitu ramah juga tidak mahu kalah dengan permainan kemas dan penampilannya.

Terakhir, pemain drum mereka, Yazit turut mempunyai karisma tersendiri. Maka apabila muzik dan fesyen yang selari bergabung, tidak hairan apabila Search masih konsisten dan relevan sehingga kini.

Malah, selepas lebih tiga dekad menyusuri sepak terajang dunia hiburan, Search menjadi grup yang tidak pernah kering jemputan persembahan biar banyak grup-grup seangkatan serta grup baharu hampir 'mati' tanpa diberi peluang untuk beraksi di atas sebuah panggung yang besar.

Terkini, 1 Jun akan menjadi sejarah penting buat Search apabila diberi penghormatan sebagai grup pertama dari Malaysia bermain di dalam The Star Performing Art Centre di Singapura menerusi Konsert Acoustica Malam Edan Search.

Konsert tersebut juga menyaksikan konsert akustik pertama mereka selepas 16 tahun mengadakan persembahan dalam bentuk tersebut.

WALAUPUN setiap anggota Search sudah berusia melebihi 40 tahun dan grup tersebut sendiri sudah terlalu lama berada dalam industri muzik tanah air, namun Search masih laris menerima undangan mengadakan persembahan.

32 Tahun Search

Bercakap mengenai konsert tersebut, Amy yang ditemui baru-baru ini melahirkan keterujaannya. Ujarnya Acoustica Malam Edan Search bukan sekadar sebuah konsert biasa, tetapi bakal menjadi kayu ukur kepada kredibiliti mereka sebagai pemuzik yang telah meledani fasa turun naik dunia hiburan.

"Saya kira, untuk usia 32 tahun Search, konsep seumpama ini amat dinantikan oleh kami. Beraksi di atas sebuah pentas yang berprestij dan konsep akustik yang bakal dipertontonkan akan menguji kredibiliti Search sebagai sebuah grup yang kompak," ujarnya penuh teruja.

Dengan penuh bersemangat, Amy memberitahu, kali terakhir mereka bermain secara akustik adalah dalam persembahan Gema Di Timur Jauh Unplugged sekitar tahun 1996 dahulu.

"Jadi, apabila penganjur Sound Check Pte. Ltd. datang membawa idea seumpama ini, Search tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju," katanya tersenyum sebelum menyambung: "Bermain secara akustik bermakna banyak perkara yang perlu diperincikan saat kami membuat persembahan kerana bunyinya yang dilantunkan satu persatu secara halus."

Sudah bersiap sepenuhnya untuk sekali lagi menakluk hati para peminatnya pada malam esok menerusi konsert tersebut, Search menyediakan untaian 20 buah lagu terhebat yang dipilih daripada album pertama mereka, sehingga terakhir iaitu Gothic Malam Edan.

Selain Acoustica Malam Edan Search, Search juga bakal menghiburkan peminatnya dalam sebuah lagi konsert mega yang bakal berlangsung pada 30 Jun ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Kali ini, mereka akan bergabung dengan tiga grup legenda dari Asia iaitu Loudness yang berasal dari Jepun dan Slank dari Indonesia serta Rusty Blade dari Singapura menerusi konsert yang diberi nama Thunder In The East 2013.

Melihat kepada larisnya Search, Amy yang ditebak persoalan tentang kedudukan grupnya yang kukuh hanya tersenyum.

Terdiam lama berfikir, vokalis tersebut akhirnya mula melontarkan buah fikiran tentang Search yang masih laris.

Ujarnya: "Mungkin kerana Search masih mampu menjual tiket. Daripada segi bisnes, ini yang dipentingkan oleh penganjur, dan daripada Search sendiri, kami juga mengharapkan peminat terus menyokong dan hadir menyaksikan setiap persembahan kami."

Walau bagaimanapun, ujar Amy, itu bukan bermakna mereka semberono mengambil semua tawaran yang datang.

KARISMA grup Search terletak kepada kredibiliti mereka sebagai pemuzik dan penampilan yang sering menarik perhatian.

Kudrat Dan Kesihatan

Sebagai sebuah grup yang cukup berpengaruh, mereka selektif dan menolak banyak permintaan jika konsep yang diusul tidak menarik.

Malah, ujar Amy lagi, paling penting, mereka juga tidak mahu mengadakan konsert terlalu kerap kerana bimbang momentum persembahan dan keghairahan peminat pudar.

"Jika dilihat, kami memang masih banyak mengadakan konsert, tetapi ia bukan terlalu kerap. Semua konsert yang dilakukan, ia berlainan konsep. Misalnya untuk konsert di Singapura, kami terima kerana ia dibikin dalam bentuk akustik.

"Untuk konsert pada 30 Jun ini pula, ia umpama pertempuran empat penjuru otai rock yang mempunyai tarikan tersendiri."

Ditanya bagaimana beliau melihat masa depan Search, Amy hanya tersenyum. Saat ditanya tentang jangka hayat Search, sambil tersenyum, beliau menjawab persoalan tersebut bersama hujah-hujahnya.

Ujar Amy, khalayak dan peminat barangkali akan dihidangkan dengan sebuah album studio selepas lebih enam tahun tidak menghasilkan album. Bagaimanapun, beliau tidak berani untuk berjanji bila ia akan dikeluarkan.

"Kami memang punya perancangan untuk mengeluarkan album studio, namun secara jujur, buat masa ini, Search belum mempunyai sebarang material untuk ke arah itu," ujarnya tenang.

Menjawab persoalan tentang kelangsungan Seacrh, Amy bagaimanapun menetapkan kemungkinan tempoh hayat Search akan berakhir dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ini bermakna Search barangkali hanya akan wujud sehingga tahun 2018, sebelum setiap anggotanya membawa haluan masing-masing.

Bagaimanapun, Amy pantas mematahkan pemikiran saya dengan mengatakan: "Saya sekadar menyebut tempoh lima tahun bukan kerana berasa sudah letih bermain muzik.

"Sebaliknya, saya perlu realistik terhadap faktor usia dan tahap kesihatan setiap anggota Search.

"Jika dalam tempoh lima tahun ini kami diberi kudrat dan kesihatan yang baik untuk terus menghiburkan khalayak dan masih relevan, Search akan terus hidup," ujarnya yang barangkali mampu menutup rasa gusar peminat setia mereka terhadap pembubaran grup tersebut.

Artikel Penuh: www.kosmo.com.my | Hakcipta Terpelihara

15/06/2013 - CHAOS REIGN

METAL EVENT: REHEARSE "CHAOS REIGN" MINI ALBUM RELEASE | TARIKH: 15 JUN 2013 | MASA: 3.00PTG | LOKASI: UPRISING MUSIC LOUNGE, SETAPAK | TIKET: RM15.00 | HEADLINE: REHEARSE | FEATURING: SICKSOCIETY / ENDZEIL / SACWRATH / NOTHING UNDERNEATH / SILENT'DRA / COMPULSION TO KILL / SAMMAEL ABRAHAM / CHELATION INTOXICATION / 66ROADS / BLOODY ANATOMIES | ANJURAN: PIXELDIXELART & UPRISING MUSIC SOCIETY


INFORMASI:
http://www.facebook.com/PixelDixelArtOfficial
http://www.facebook.com/UprisingMusicSociety

15/06/2013 - CELEBRATING THE OFFICIAL LAUNCH OF METALWARPAGE MAGAZINE

TARIKH: 15 JUN 2013 (SABTU) | TEMPAT: GRIND BURGER, KULAI JAYA, JOHOR | TIKET: PERCUMA | PENAMPILAN: WYNKEN DELIRIUM / NARSAMUM / DOMINATOR / UNVEILED / KUKUBESI | ANJURAN: SETH DISTRO & GRIND BURGER


INFORMASI:
http://www.facebook.com/metalwarpage.metalzine
http://www.facebook.com/seth.distronrec
http://www.facebook.com/jorn.sethmetalwarpage

BERITA BERKAITAN:
http://ekstrim-info.blogspot.com/2013/05/metalwarpage6-updated.html

2013-05-30

HALUN - PROMO MINUS 1

Gerakan extreme Goth/Dark metal HALUN diberitakan kini dalam pembikinan album studio terbaru mereka. Untuk pra-dengar serta mendapatkan komen dan maklumbalas terhadap penciptaan terbaharu kumpulan yang berinspirasikan The Sins of Thy Beloved, Cradle of Filth dan Tristania ini, mereka telah mempromosikan dua buah lagu dalam bentuk minus-one. 

Promo Minus 1 - My Fear, My World

Promo Minus 1 - Blood Red Tears

HALUN pada ketika ini dianggotai oleh Demonizer (guitars, backing vocals, programming) dan Silenced Minstrel (bass, keyboards, lead vocals, shaman). Untuk maklumat lanjut berkaitan aktiviti mutakhir HALUN dan kemajuan penghasilan album mereka, sila layari:
http://www.facebook.com/Halun666
http://www.halun.weebly.com
http://www.myspace.com/thetruehalun

BERITA oleh Silenced Minstrel

BESTIAL HELLCULT - SELESAI RAKAMAN LAGU BARU

BESTIAL HELLCULT, sebuah kumpulan muzik Black/Death Metal dari Seremban, Negeri Sembilan dilaporkan telah selesai proses rakaman lagu-lagu terbaru mereka sebagai susulan kepada rilisan "Hell Beast" Promo yang dikeluarkan tahun lalu. "Kami sudah selesai merekod dua buah lagu baru. Lagu-lagu itu akan dimuatkn dalam sebuah split bersama band dari Perancis", kata mereka. Kemudiannya nanti turut dimaklumkan tentang perancangan sebuah EP yang mungkin dikeluarkan selepas split ini diriliskan.

EKSTRIM juga bertanyakan tentang bagaimana gambaran untuk lagu-lagu baru mereka dari segi susunan muzik, adunan bunyi, dan sebagainya serta rujukan yang diambil dalam proses penulisan lagu dan rakaman: "Gambaran untuk lagu baru ada sedikit cerita peperangan dan kematian. Kami banyak mendengar band dari Kanada dan lain-lain. Rujukan kami ialah Blasphemy, Beherit, Naked Whipper, Goatpenis dan lain-lain, terlalu banyak hendak disebutkan".


Hell Beast Promo telah diriliskan pada tahun 2012 melalui Metal Porn Production. "Sambutan promo Hell Beast sangat mengalakkan. Terima kasih kepada kawan-kawan yang menyokong band baru macam kami ini. Secara amnya promo tersebut telah habis, promo itu diriliskn dalam 50 keping, mungkin masa akan datang kami akan riliskan kembali promo itu", kata pihak BESTIAL HELLCULT menceritakan perihal sambutan dan status terkini Promo CD tersebut.

BESTIAL HELLCULT turut menjelaskan yang mereka selaku band baru memang terasa gugup bila berada di atas pentas. Namun kegugupan tersebut tidak dijadikan halangan untuk band ini mahu terus beraksi. "Live show terbaru kami ialah Pictavian Invasion Over Malaysia, ia merupakan satu pngalaman berharga apabila kami dapat berkongsi pentas dengan band-band yang hebat. Kalau ada organizer nak ajak main gig lepas ini bolehlah cari kami di facebook Bestial HellCult", ujar mereka yang dianggotai oleh Hatred - Hellaxe Grinder, Hammerbeast - Fatal Skullcrusher dan Hellxastor - Necrovomits. 

http://www.facebook.com/bestialhellcult666

2013-05-29

TAHANNUS - BLACK METAL PERTAMA DI TERENGGANU


TAHANNUS secara rasminya ditubuhkan sekitar 1994 oleh 4 orang anak muda yang dalam lingkungan umur 14 -16 tahun di Kuala Terengganu, dianggotai oleh Amir (gitar utama), Epi (vokal & gitar kedua), Faizel (bass) dan Mijan (dram). Sepanjang kewujudan Tahannus, mereka sempat menghasilkan dua demo iaitu "Khurafat" (1996) dan "Symphony of Concecration" (1997)

Di dalam penghasilan demo yang pertama "Khurafat" pada tahun 1996, hanya Amir, Epi dan Mijan yang terlibat menghasilkan demo tersebut kerana Faizel telah menarik diri. Ekoran dari itu, Epi terpaksa mengambil alih tugas sebagai pemain bass sebelum Faizel kembali pada demo kedua "Symphony of Concecration" di tahun 1997. Untuk demo kedua ini juga, tugas vokal telah diambil pula oleh Amir.


Tahannus diilhamkan atas dasar semangat metal yang kuat dalam diri dan untuk kembalikan muzik metal di Terengganu yang pada masa itu sunyi dan Tahannus berjaya menjadi band pertama Black Metal di Terengganu walaupun usia masih terlalu muda dengan menjadikan band-band seperti Rotting Christ, Samael, Mortuary Drape, Black Sabbath, Varathron dan Thou Art Lord sebagai pengaruh dalam muzikal mereka.

Pada tahun 1998 Tahannus menyepikan diri buat seketika kerana masing-masing bawa haluan sendiri di samping memberikan tumpuan penuh terhadap kerjaya serta keluarga.

Pada tahun 2011 band Tahannus telah menyertai kompilasi Born in Darkness  Compilation Vol.1 terbitan Trooper Art Regime Distro dengan menyumbangkan 2 buah lagu yang diambil dari demo kedua mereka iaitu Creapon to Abandon 5th Nath dan Lent Day. Tahannus berkemungkinan akan kembali pada dalam masa terdekat  dan sama-sama kita harapkan ianya menjadi kenyataan..

Lagu-lagu yang dipetik dari "Symphony of Concecration" Demo 1997 mereka boleh didengar disini:

1. Echo in Hell Abyssia

2. Creapon to Abandon 5th Nath

3. The Curse of Thy Lord

4. Lent Day

Disediakan oleh: Amir Noor
Diubahsuai oleh: Man Rabaxx

2013-05-28

VISITANT - THE SWORD WITHOUT EYES EP CD & T-SHIRT


BERITA



Epic War Metal dari Kuantan, VISITANT telah mengeluarkan sebuah EP berjudul "The Sword Without Eyes" yang mana merupakan petanda kembalinya band ini selepas kali terakhir merilis sebuah split tape bersama TASYIM pada tahun 1999 dahulu. EP mengandungi 4 buah lagu ini dirilis pada Februari 2012 dalam format Pro-CD oleh label CELESTIAL FREQUENCY. 

Senarai-Lagu:
1. The Sword Without Eyes - 5:58
2. Through Me I Can't See - 5:49
3. Nida' Lil Haq - 3:14
4. Tales of the Past II - 3:58

Menariknya, trek ketiga 'Nida' Lil Haq' dikatakan sebuah lagu yang senikatanya ditulis dalam bahasa Arab. Dapatkan CD EP ini dari ITNA TSIRHC MERCHANDISING pada harga RM15 (tidak termasuk kos penghantaran). Kos tambahan untuk penghantaran adalah: POSLAJU NATIONAL COURIER - tambah RM6 (Semenanjung Malaysia) / RM9 (Sabah/Sarawak) / POS BIASA - tambah RM2 / POS BERDAFTAR - tambah RM5. Pembayaran: C.O.D/maybank2u Acc.No.: 156011943880 (Muhamad Azril Safuan). PAYPAL: USD10 (Thailand / Singapore / Brunei) / USD15 (worldwide). H/P: +(6)012-9677581. Paypal/Email: hulubalangtimur@gmail.com


Selain daripada CD EP, T-Shirt bersempena rilisan "The Sword Without Eyes" juga boleh diperolehi pada harga RM60. 

ITNA TSIRHC MERCHANDISING
http://www.facebook.com/hulubalangtimur
CELESTIAL FREQUENCY
http://www.facebook.com/celestialfrequency
VISITANT
http://www.facebook.com/the.force.of.visitant

PEMBERITAHUAN: DIED / PUTREFIED REMAINS - SPLIT 2013


Setelah sekian lama tanpa rilisan berbentuk CD, METAL PORN PRODUCTION akan kembali dengan produksi terbaru mereka berformatkan Pro-CD SPLIT 2013 dari band DIED dan PUTREFIED REMAINS. Difahamkan Split CD ini akan menampilkan dua buah lagu dari setiap band. Ini mesej yang diterima dari pihak METAL PORN PRODUCTION: Sesiapa yang berminat dengan Split CD DIED / PUTREFIED REMAINS sila buat tempahan sekarang. "Harga kami adalah yang terbaik dan terendah di pasaran untuk Pro CD. Kepada label/distro dijemput untuk meniaga bersama, kami akan berikan harga "wholesale" yang menarik. Sila inbox segera", menurut kenyataan pihak label. 

Emel: metalporn666@gmail.com
http://www.facebook.com/pages/METAL-PORN-PRODUCTION/115254448557692
http://diedband.blogspot.com
http://www.facebook.com/pages/Putrefied-Remains/230147383773039

IMPIOUS BLOOD - TEMPLE OF FLESH, PILLARS OF BONES OFFICIAL T-SHIRT


BERITA



T-Shirt rasmi bersempena pengeluaran Demo CD/Tape "Temple of Flesh, Pillars of Bones" dari IMPIOUS BLOOD bakal diriliskan oleh sebuah label yang berpengkalan di India iaitu CYCLOPEAN EYE PRODUCTIONS. sebarang perkembangan lanjut berkaitan produksi merchandise ini akan disusuli dari masa ke semasa. Yang berminat, sila hubungi:

http://www.facebook.com/sandesh.shenoy.3 (Pemilik Label)
http://www.facebook.com/groups/cyclopeaneyeproductions
http://www.facebook.com/pages/Impious-Blood/101065336733551

2013-05-26

METALWARPAGE MAGAZINE - ISSUE #6: KEMASKINI MUTAKHIR

Pengikalan berikut adalah maklumat terkini berkaitan pengeluaran METALWARPAGE MAGAZINE isu ke-6. Terdapat sedikit perubahan kepada berita yang telah disiarkan sebelum ini. Sekiranya berminat untuk mendapatkan majalah Metal ini, sila berhubung dengan pihak Seth Disto & Records ataupun terus kepada editor-editornya.


HUBUNGI:
http://www.facebook.com/seth.distronrec
http://www.facebook.com/metalwarpage.metalzine
http://www.facebook.com/jorn.sethmetalwarpage
http://www.facebook.com/joe.metalwarpage

BERITA TERDAHULU:
http://ekstrim-info.blogspot.com/2013/05/metalwarpage6.html

2013-05-23

08/06/2013 - THE RETURN OF METAL WARS: PERTUKARAN TARIKH


METAL EVENT


Kemaskini 23/05/2013: Untuk Makluman, pihak Ekstrim telah diberitahu oleh Penganjur Konsert Metal Wars bahawa konsert tersebut telah ditunda pada 8 Jun 2013 di BlackBox Publika Solaris Dutamas (masih di tempat yang sama). Konsert Metal Wars yang dijangkakan berlangsung pada 2 Jun 2013 bertempat di BlackBox Publika Solaris Dutamas telah ditunda pada 8 Jun 2013 kerana pemilik tempat tersebut telah membatalkan semua tempahan dari tarikh 1-3 Jun 2013 untuk kerja-kerja dalaman. Pihak penganjur telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan keadaan, namun hanya pada tarikh 8 Jun 2013 sahaja yang telah ditawarkan oleh pemilik tempat tersebut. Antara kumpulan yang terlibat pada Konsert Metal Wars ini ialah Metalasia, Deja Vodoo Spells, V dan juga Sepatu 69.

LIHAT INFORMASI TERDAHULU:
http://ekstrim-info.blogspot.com/2013/05/130602metalasia.html

WARTA MALAYA - ISU #1 BAKAL TERBIT SEKITAR JUN 2013


BERITA



Akhirnya, sebuah zine yang merangkumi khas untuk scene NS / MP Malaya (zine terakhir adalah watikah kira-kira 10 tahun lalu). Pasti mengembalikan nostalgia era zine bercetak. Lengkap dengan temuramah-temuramah menarik, artikel-artikel bermanfaat, ulasan album/demo, berita semasa, info pengetahuan dan banyak lagi! Hanya RM 5 (di waktu gig atau bersemuka) dan RM 10 (termasuk caj penghantaran pos). Bakal diterbitkan pada bulan Jun 2013. Informasi dari editor (misteri). Editor boleh hubungi di talian: 018-9673043 atau emel: wartamalaya88@yahoo.com.

http://www.facebook.com/pages/Darah-Maruah-Tanah-Melayu/195481220463042

JUMP-P - BERSEDIALAH UNTUK PENGALAMAN MUZIK TERHEBAT!


PROFIL



JUMP-P yang bermaksud “Lompat Pi” di mana Pi itu dari loghat negeri Pulau Pinang yang bermaksud “Pergi” adalah sebuah kumpulan Rock yang telah ditubuhkan pada tahun 2003. Pengasasnya Mohd Redzuan Abd Aziz atau lebih dikenali ramai sebagai “Oney” adalah bekas vokalis LIPANBARA dan MAY. Berbekalkan keazaman yang tinggi, beliau menubuhkan sebuah kumpulan muzik yang terdiri daripada sekumpulan pemuzik profesional yang terdiri daripada artis-artis rakaman pada era 80an dan 90an.

Album pertama “Halusinasi” telah dihasilkan pada Ogos 2006 yang lebih berkonsepkan Pop Rock. Namun akibat kekurangan promosi, ia tidak berjaya mencapai potensinya. Namun, gabungan karya seni mereka beralih arah menghasilkan satu kombinasi yang unik di mana muzik simfoni rock barat dan melodi serta lirik melayu telah disatukan dan telah melancarkan Single pada 2009. Tiga tahun kemudian di tahun 2012, JUMP-P kembali bersama misi dan visi yang diperbaharui, lebih penting bersama satu bentuk muzik baru. Bersedialah untuk pengalaman muzik terhebat!
 
PERSEMBAHAN / PERANCANGAN
JUMP-P yang menengahkan muzik bergenrekan Power Metal / Simfonik Metal / Etnik Rock ini telah melibatkan diri dalam beberapa persembahan gig dan show pada tahun 2009 sebelum dan selepas lahirnya single baru mereka. Setiap persembahan mereka telah menarik perhatian pelbagai pihak atas dasar persembahan mereka yang begitu mantap, susunan muzik yang memukau diiringi pula oleh vokalisnya yang begitu terkenal dengan lagu ‘Jemu’ suatu ketika dahulu. 

Namun JUMP-P selepas itu mengambil masa untuk akhirnya mengeluarkan album penuh pada tahun 2012 dan pastinya akan menggegarkan arena Rock tanahair tidak lama lagi dengan persembahan mereka yang luar biasa. 

Promo:
■ Persembahan di Konsert King Of Stage Stadium Negara 2009
■ Persembahan sebagai artis undangan di Central Market 2009
■ Persembahan Gig Indie Band di Karnival Belia di Puchong 2009
■ Persembahan Gig di EXPO Setapak 2009
■ Persembahan Gig Indie Band di MCPA HALL KL 2009
■ Persembahan Gig Indie Band di Sangria Club KL anjuran SURIA FM 2009
■ Penampilan istimewa 2 lagu untuk URTV road tour MYDIN Malacca 2009
■ Penampilan 2 buah lagu untuk Program Belia di Melaka Mall 2009
■ Penampilan 3 buah lagu VC untuk RTM 2009

Mini / Full Showcase / Concert 2013:
■ Perancangan Album / Konsert Tour di beberapa negeri di Malaysia
■ Perancangan Showcases di kelab-kelab terkemuka di Malaysia
■ Perancangan show / konsert di Asia Tenggara dan Eropah

PROMOSI DI MEDIA RADIO & ONLINE
Setelah album “Wujud” dilahirkan pada 10 Disember 2012, syarikat pengurusan JUMP-P iaitu SMY EVENT & PROMO semenjak 2009, kini mengambil langkah yang lebih agresif untuk mempromosikan JUMP-P. Antaranya, beberapa sesi promo airplay/temuramah di media radio dan beberapa sesi promo airplay/temuramah juga dilakukan bersama online media/radio. Secara rumusannya permintaan lagu-lagu JUMP-P  kini sudah boleh di buat dan didengari di media/radio seperti:
http://liveradio.super-resources.com/kl-fm/
http://rms.mmu.edu.my/ (SELANGORFM)
http://www.rmtfm.blogspot.com/ (TAWAUFM)
http://www.rtm.gov.my/galaksi
http://ceriafmsempoi.blogspot.com/
http://www.duniakufm.com/
http://www.fuhfmradio.blogspot.com/
http://www.adaberanifm.net/
http://www.onlinefm.net.my/
http://www.cats.fm/
http://www.era.fm/kk-kuching/kuching
http://www.rtmsarawak.gov.my/

Dan pula boleh mengikuti perkembangan terkini di:
http://www.myspace.com/bandjumpp
http://new.myspace.com/bandjumpp
http://twitter.com/BandJUMPP (@BandJUMPP)
http://www.reverbnation.com/bandjumpp
http://www.youtube.com/user/BandJumpP

PRODUK
Album kedua JUMP-P “Wujud” dan T-Shirt JUMP-P boleh didapati di www.facebook.com/JumpPFanClub dan diuruskan oleh SMY EVENT & PROMO. Rasailah sensasi Power Metal dari para otai Rock Malaysia!

Berikut adalah promo album kedua JUMP-P berjudul “Wujud” mengandungi petikan 5 lagu dari album tersebut; 1. Wujud, 2. Moga Sempurna, 3.Sangkala Awal Sangkala Akhir, 4. Angau, dan 5. Marrobbuka...



SUMBANGAN: REEN / PR SMY EVENT & PROMO
http://www.facebook.com/dewi.thrash

2013-05-21

ANTACID - SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-10


BERITA


Tidak dapat dinafikan bahawa ANTACID adalah antara band Thrash Metal tempatan yang paling menyerlah bukan sahaja di negara sendiri, tetapi perhatian dan penerimaan global terhadap band ini cukup positif dan cemerlang! Kedudukan mereka sejak kebelakangan ini agak sedikit menyepi, tetapi itu bukan bermakna ANTACID telah mati.. diam mereka diam berisi! Hakikatnya telah dirancang untuk meletakkan ANTACID sedikit ketepi bagi membolehkan beberapa anggotanya mengembangkan kreativiti melalui projek-projek seperti Lobotomy, Nuclear Strikes, Vault, Kathgor dan beberapa lagi. 

Mungkin tanpa disedari peminat-peminat sendiri, usaha ANTACID memartabatkan keaslian Thrash Metal telah menghampiri usia 10 tahun. Untuk itu, baru-baru ini ANTACID mengumumkan bakal melaksana satu keraian merayakan 10 tahun penubuhan, kewujudan dan perjuangan band Thrash Metal berasal dari daerah Kajang, Selangor ini. Agenda sambutan buat masa ini masih dalam perancangan dan penelitian. Yang pasti bakal ada show khas "Thrashing Massacre Live". Harapnya akan ada rilisan eksklusif juga bersempena perayaan ini, mungkin adanya pengeluaran satu Single atau kompilasi seleksi lagu-lagu terbaik ANTACID sepanjang 10 tahun perjalanan mereka, siapa tahu.. 


ANTACID yang telah ditubuhkan pada 2003 telah merilis beberapa CD, tape dan split, antaranya:
- Living In Disorder Demo Tape 2003
- Thrashing Mania Demo CDR 2004
- Promo CDR 2005
- Demon Seed Of Thrash CDR 2005 (split bersama RAPED GOD and INCINERATOR)
- Steel Thrashing Massacre Demo Tape 2006
- Atomik Thrashing Acid LP 2008
- Metal Chaos Around The World CD 2009 (split bersama HATRED)

Nantikan kemunculan semula ANTACID dalam sambutan ulangtahun ke-10 mereka... Thrash until Death!!!

http://www.facebook.com/pages/Antacid-Official/473460506020132
http://www.metal-archives.com/bands/Antacid/47133

APPÄRATUS - DEGENERATION OVERDRIVE EURO-TOUR 2013


BERITA



APPÄRATUS menyertai senarai band-band tempatan yang mengadakan siri jelajah di benua Eropah. Unit berhaluan Punk/D-Beat/Crust/Hardcore/Thrash ini bakal beraksi di beberapa negara Eropah sepanjang Jun 2013 nanti, melibatkan Itali, Switzerland, German, Austria, Hungary, Republik Czech, Denmark dan juga Sweden. Mereka juga bakal merilis 7" EP berjudul "Lost!" rilisan eksklusif bersempena dengan jelajah Euro-Tour ini. 

http://www.facebook.com/pages/APPÄRATUS/118625658156508
http://apparatuspunk.bandcamp.com

SINGHASARI - HALAMAN JEJARING RASMI & PENERBITAN SPLIT


BERITA


Halaman jejaring SINGHASARI secara rasminya telah diwujudkan tanda memberi nafas dan amaran bahawa Singhasari masih wujud. Pengiran Andika Harimau Berantai dilaporkan berkata halaman rasmi Singhasari ini lebih tersusun dan lebih mudah untuk diakses. "Saya akan menutup FB page Singhasari apabila laman web rasmi Singhasari selesai dibina. Di laman web saya abadikan semua jawapan-jawapan temuramah-temuramah menarik yang pernah saya jawap bersama Singhasari, begitu juga sampel audio dan banyak lagi info-info menarik. Jemput kemari. 70% pembinaan hampir siap", ujar beliau lagi yang merupakan penemu dan peneraju utama kumpulan berpaksikan Nusantara Pagan Metal dari Petaling Jaya, Selangor ini. 

Di awal tahun 2013, Singhasari kembali aktif setelah tempoh menyepi selepas lahirnya EP "Kebangkitan Nusantara" serta cetakan pengeluaran semula pada Jun 2011. Singhasari kini sedang merangkakan sesi latihan demi untuk mengeluarkan rilisan Singhasari yang selanjutnya iaitu sebuah terbitan split bersama 3 band dari luarnegara. Split ini akan diberi judul "A Worldwide Uprising Against Z.O.G" serta akan diterbitkan oleh syarikat rakaman berhaluan kanan dari Jehrman. Difahamkan split berkenaan adalah dengan Ixtaukayotl (Mexico), KriegSSchwur (Jehrman) dan Pieravaracien (Belarus). Nantikan berita selanjutnya di halaman jejaring rasmi Singhasari.

Halaman Rasmi:
http://www.singhasari.weebly.com

Halaman Sokongan:
http://www.facebook.com/pages/Singhasari/126050384128585
http://www.myspace.com/singhasari
http://www.last.fm/music/Singhasari

2013-05-20

SLAYDEATH - WE HATE WAR T-SHIRT


BERITA



SLAYDEATH 'WE HATE WAR' - OFFICIAL TSHIRT
OPEN FOR ORDER..
GILDAN ULTRA COTTON TSHIRT.. S / M / L / XL
ADD RM 5 - POS LAJU SEMENANJUNG
ADD RM 10 - POS LAJU EAST MALAYSIA
CIMB 12530062618520 JAMALUDDIN ABDUL LATIFF
PM / INBOX / SMS 017-2917377

http://www.facebook.com/hepeace
http://www.facebook.com/slaydeath

INFECTIOUS MAGGOTS - PLAYGROUND SUNSHINE T-SHIRT


BERITA



Nyala Mataminda Arts present: Infectious Maggots "Playground Sunshine" Limited Edition Tshirts. Available on Black Gildan Premium. Open for pre-order now until quota reached. RM55.00 (plus poslaju). PM name, address, hp number and size to confirm orders. Act Now.. sigh with delight when you wear it later... GRIND UNTUK SEMUA!!

http://www.facebook.com/fly1972
http://www.facebook.com/pages/Infectious-Maggots/156767894357856

BULETIN METAL MALAYSIA BIL.02/2013


VINIIR
Viniir, band tempatan dari Ipoh, Perak yang memilih laluan Viking Metal sebagai landasan perjuangan mereka dilaporkan baru sahaja menyelesaikan sessi rakaman untuk rilisan album mereka yang akan datang dan kini material tersebut sedang dalam proses mixing dan mastering. Rilisan mereka yang terdahulu adalah "The Story Chapter 1" Demo 2011.

REBEL CRASH
Rebel Crash adalah sebuah band Heavy Metal (berunsurkan Melodic Metalcore dan Progressive/Technical Thrash Metal) dari Kuching, Sarawak. Mereka ditubuhkan pada bulan Mac tahun 2009 dan anggotanya terdiri daripada; Benedict - Vocal & Guitar, Manuel - Guitar & Vocal, Rudy - Bass & Vocal, dan Felix - Drums. Untuk mengenali Rebel Crash, sila layari:

DELETED
Bestial War/Hell Metal dari Tawau, Sabah - Deleted - bakal merilis EP mereka dalam format tape di bawah produksi label Evil Dead Productions. Deleted juga telah mengeluarkan satu merchandise berformat woven patch "Hell Metal" melalui sebuah label dari Indonesia iaitu Ludah Production. Patch ini berharga RM26, sila hubungi: D6l6t6d@live.com

SICKSOCIETY
Band Brutal Death Metal SickSociety mengumumkan bahawa aksi mereka pada gig The Beast Gathering bertarikh 25 Mei 2013 bakal menjadi aksi terakhir mereka, bukan bermaksud berakhirnya perjalanan SickSociety tetapi mereka bakal memberi tumpuan kepada sessi rakaman untuk rilisan terbaru. Mereka akan berhenti sementara dari muncul di pentas berkemungkinan sehingga September 2013 nanti. 

DERANGEMENT PROJECT PRODUCTION
Sebuah label dari Sabah iaitu Derangement Project Production baru sahaja mengumumkan salah-satu produk mereka yang akan datang iaitu rilisan dari band KRASICK 666 (Pagan Black Metal dari Membakut, Sabah) berjudul "Mystic Satan Of Krasick". 

SEBAYAN
Band Unholy Black Metal dari Kuching, Sarawak iaitu Sebayan telah mengeluarkan sebuah promo 2 lagu berjudul "Waging War With All Religions". Lagu-lagu tersebut bertajuk 'God House Ashes' dan 'Black Cult'. Kuantiti rilisan cukup terhad kepada 20 salinan sahaja kerana material ini dianggap "unofficial release", boleh diperolehi pada harga RM4.

BARBALANS
Dilaporkan Vlad Dracul (vokal) tidak lagi bersama Barbalans. Line-up 2013 untuk band Black Metal Sabah ini terdiri daripada: Max Bruno - (gitar & vokal), Eiried Astartee - dram, Awik Flengkren - gitar (Live Session) dan Boby Kurniawan - bass (Live Session). Turut diumumkan antara gig yang bakal disertai Barbalans pada 2013 ini antaranya Hell Is Here Part 1 31st August 2013 (Kota Kinabalu, Sabah) dan Kuching Ritual Defamation II 28th September 2013 (Kuching, Sarawak).

DEATH INFERNAL
Sebuah band Death Metal dari Kuching, Sarawak iaitu Death Infernal yang dianggotai oleh Ritchie (gitar), Gary Mayat (bass) dan Bryan 'Kului' of Bronco Buster (dram) bakal merilis sebuah EP berjudul "Entering the Era of Domination". Sebelum ini mereka ada memperdengarkan sebuah Single bertajuk "Death Threat" di: http://youtu.be/O7mmavBul8A

AU REVOIR
Band yang mahu dikenali di bawah arus muzikal Avant-Garde Metal, Au Revoir mengumumkan telah siap memasukkan bahagian vokal untuk semua lagu-lagu yang bakal dimuatkan ke dalam album terbaru sempena menyambut 10 tahun kelahiran Au Revoir. Rammy selaku tunjang utama banda berasal Kangar ini dilaporkan berkata pada masa ini proses pengadunan (mixing) sedang giat dijalankan serta beberapa rakaman penambahan, mastering dan kemudiannya album yang dirancang ini bakal bersedia untuk dikeluarkan.  

PERPETUAL
Perpetual yang sudah begitu lama memperjuangkan muzik Grindcore bakal kembali menggegar dengan sebuah album penuh sulung mereka. Zam selaku pemain bass dilaporkan berkata Perpetual sekarang dalam proses rakaman studio untuk CD pertama. Judulnya akan dimaklumkan kelak. CD tersebut dijadualkan beredar sekitar Julai 2013 di bawah produksi The Noise Records. Keep on support and blast! 

2013-05-19

UNGODLY DEATH - RILIS SEMULA DEMO "LOST NATIONS"

AFTERLIFE PRODUCTIONS adalah salah sebuah label yang peka dalam merilis semula khazanah-khazanah terbaik metal tempatan, rilisan terdahulu yang pernah mewarnai sejarah pembangunan muzik metal di Malaysia ini dikeluarkan semula dalam format yang lebih baik dan profesional. Selepas produksi VULGA “Mayhem With Mercy” dan SUFFERCATION “Day Of Darkness (The Re-awakening)”, AFTERLIFE PRODUCTIONS kembali dengan gilapan semula khazanah UNGODLY DEATH “Lost Nations”. 


UNGODLY DEATH yang ditubuhkan pada 1987 adalah sebahagian daripada sejarah awal pembentukan dan pembangunan scene muzik Metal Underground di Sarawak Bumi Kenyalang, bergerak bersama band-band seperti Senseless Death (kemudiannya Senseless), Sputum, Lost Infidel, Blockhead dan beberapa nama lagi. Perjuangan UNGODLY DEATH dibuktikan dengan kelahiran demo pertama mereka sekitar Januari 1992 berjudul “Lost Nations”. Empat tahun kemudian, pada tahun 1996 band ini dibubarkan, meninggalkan demo tape “Lost Nations” satu-satunya tanda kewujudan dan kesan perjuangan band Obscure Death Metal ini. Difahamkan UNGODLY DEATH telah dibentuk semula pada 2009 namun belum ada material-material baru yang benar-benar rasmi dalam mewakili nama UNGODLY DEATH ini.


Selepas lebih 20 tahun “Lost Nations” termaktub dalam sejarah pergerakan muzik metal Sarawak, malah scene di Malaysia ini keseluruhannya, demo tape 5 buah lagu itu dirilis semula dalam format CD profesional oleh label AFTERLIFE PRODUCTIONS. Ini peluang terbaik buat semua; buat mereka yang terdahulu melalui pahit-manis perjuangan Metal tempatan mengimbasi dan menikmati semula kenangan dan penangan UNGODLY DEATH dan buat generasi masakini mengenali dan mempelajari susah-payah band berasal Kuching, Sarawak ini bangkit membina revolusi scene metal tempatan sehingga terbentuk apa yang kita ada pada masa sekarang. Inilah DEATH METAL dalam bentuk yang cukup-cukup asli! RM25 untuk satu peluang yang tidak mungkin kembali lagi.

Tracklist:
01. Beginning of the Ancient Antichrist - 9:00
02. Jesus the Scummy God - 6:50
03. Rotting Christ - 4:45
04. Lost Nation - 6:30
05. Morbid Truism - 8:45

Label:
http://www.afterlifeprod.com
Emel: afterlifeprod@yahoo.com

Band:
http://www.facebook.com/pages/Ungodly-Death/205673559447767
http://www.reverbnation.com/ungodlydeath
http://www.metal-archives.com/bands/Ungodly_Death/40105

2013-05-16

NUCLEAR STRIKES - LIVE IN LANGKAWI 24-26 MEI 2013


METAL EVENT



LIHAT JUGA:
http://ekstrim-info.blogspot.com/2013/05/nuclearstrikes2013.html

30/06/2013 - THUNDER IN THE EAST 2013 (UPDATED)


METAL EVENT



THUNDER IN THE EAST 2013
Band: LOUDNESS - SEARCH - RUSTY BLADE - SLANK
Date: 30 June 2013
Venue: Stadium Merdeka Kuala Lumpur
Ticket:
1) RM888 (PLATINUM) - AKIRA TAKASAKI GUITAR WORKSHOP, LOUDNESS MEET N GREET, OFFICIAL T-SHIRT, FREE POSTER
2) RM358 (GOLD) - LOUDNESS MEET N GREET, OFFICIAL T-SHIRT, FREE POSTER
3) RM258 (SILVER) - FREE POSTER
4) RM138 (NORMAL) - FREE SEATING & STANDING ZONE
Ticket Online: www.ticketpro.com.my
Ticket Hotline: +60133221172 and +60133321162


CONCERT PROMO: http://youtu.be/XWrpPlTQLPg

INFORMASI:
http://www.facebook.com/ThunderInTheEast2013
http://www.facebook.com/ClockworkCrewMalaysia
http://www.facebook.com/groups/majalahkarisma

TERDAHULU:
http://ekstrim-info.blogspot.com/2013/05/30062013loudness.html

NARROWARDS - DISTRIBUSI TAPE LANGSUIR & TWILIGHT


BERITA


LANGSUIR "Occultus Mysticism" Demo 1993 dan TWILIGHT "Promo Tape '94" adalah dua rilisan terawal dari EAST GOTHIC PRODUCTIONS (EGP), sebuah label underground yang berpengkalan di Kuantan, Pahang satu ketika dahulu. Ramai yang menganggap bahawa rilisan-rilisan ini telah habis dijual dan tiada lagi di pasaran. Sesuatu yang mengejutkan apabila selepas 20 tahun dikeluarkan, kedua-dua tape ini masih ada saki-bakinya dan masih boleh dimiliki melalui distribusi label NARROWARDS. Ini satu peluang terakhir buat anda di luar sana untuk mendapatkan material yang boleh diklasifikasi sebagai 'rare' pada zaman ini. Dapatkan sekarang pada harga RM30 setiap tape!


Berikut adalah pengiklanan dari NARROWARDS - REZEKI TERPIJAK: Got some unsold, deadstock copies of long sold-out and highly sought after East Gothic Productions (EGP) releases, the pro-tape version of LANGSUIR legendary "Occultus Mysticism" demo '93 and cult, obscure Greece black Metal band TWILIGHT "Promo Tape '94", released in 1993 and 1994, so 20 years old tape in sealed condition! Seller only got few copies left, once they're gone, they REALLY gone. Siapa cepat dia dapat. RM30 each, overseas USD15 / EUR12.

Berminat? Sila Hubungi:
http://www.facebook.com/narrowards.kult
http://narrowards.blogspot.com
Emel: narrowards@gmail.com

NUCLEAR STRIKES - SINGLE 2.0.1.3


BERITA


Sebagaimana yang diketahui umum, dalam tahun 2011 terdahulu, NUCLEAR STRIKES telah mengeluarkan sebuah EP berbahasa Inggeris berjudul “Megastorm Eye” yang mana telah meledakkan nama mereka bukan sahaja di rantau ini tetapi juga ke seluruh pelusuk benua Eropah, Amerika Selatan, Amerika Syarikat dan Asia.  Kini, setelah lebihkurang dua tahun tanpa material baru, Nuclear Strikes kembali dengan rilisan Single “2.0.1.3” dikeluarkan oleh MADRATTS PRODUCTION.

EKSTRIM mengambil kesempatan ini bertanyakan sekiranya ada perbezaan ketara dalam single “2.0.1.3” berbanding “Megastorm Eye” EP yang lalu dari sudut muzikal. “Tiada perbezaan di antara NUCLEAR STRIKES 2.0.1.3.. Kami masih mengekalkan elemen yang sama... cuma kita memasukkan elemen muzik Malaysia, sesuai dengan citarasa para pendengar di Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina dan negara serantau dengannya. Berbeza pula dengan Full Album akan datang dalam elemen heavy metal asli dan memberi jawapan kepada Megastorm Eye”, kata Rex Strike yang merupakan pemain gitar utama dalam band Heavy Metal ini.

Difahamkan Single ini mengandungi dua buah lagu Melayu dirilis khas buat peminat-peminat Nuclear Strikes di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Dua buah lagu yang dimaksudkan adalah; ‘Dunia Cinta Dusta’ dan ‘Problema Cinta’. Tatkala disoal mengapa memilih senikata Bahasa Melayu untuk single ini dan berdasarkan judul lagu temanya agak berbau cinta, komen Rex Strike: “Ini disebabkan, selepas kami mengeluarkan album penuh kami yang hampir kesemuannya Bahasa Inggeris, semakin ramai peminat bertanyakan tentang lagu berbahasa Melayu pula jadi kami mengambil kesempatan ini untuk berbuat demikian. Selain itu, lagu ini lebih sesuai untuk penerimaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada lapisan masyarakat dan kaum”.


“Tema bagi Nuclear Strikes 2.0.1.3 ini kami akui berbaur cinta dan cerita disebalik kisah cinta ini bukan hanya saja untuk insan bercinta tetapi ianya lebih meluas kerana definisi cinta itu juga membawa banyak maksud seperti lagu Dunia Cinta Dusta berkisahkan dengan berdasarkan tajuk seperti 'dunia cinta'. Kalau kita cintakan dunia pun tidak boleh juga kerana kehidupan kita sebenarnya di akhirat. Kerana dunia ini hanyalah ujian buat kita”, ujar Rex Strike atau Azrul Shafiq nama sebenarnya.

“Cinta Dusta berkisarkan 2 orangg insan yang telah berpisah. Sesuai dengan masyarakat kita yang sering mempunyai masalah cinta yang dusta. Manakala lagu Problema mengisahkan cerita cinta remaja yang tidak menggalakkan remaja untuk bercinta pada usia yang muda. Isi lagu ini lebih kepada moral”, kata Rex Strike menceritakan intipati lirikal lagu-lagu mereka dalam Single 2.0.1.3 ini.

Nuclear Strikes yang berasal dari Kajang dan dianggotai oleh Steelgirl Ladyana (vokal), Rex Strike (gitar), 1 2 Kill (gitar), Thunderbolt (bass) dan Iron Speed (dram) bakal melancarkan secara rasmi pengeluaran Single 2.0.1.3 ini semasa persembahan live mereka di Langkawi International Big Bike Fiesta 2013 di Pantai Cenang bertarikh 24-26 Mei nanti. Long Live Heavy Metal...

http://www.facebook.com/nuclearstrikes
http://www.facebook.com/groups/nuclearstrikes
http://nuclearstrikes.webs.com
http://nuclearstrikes.blogspot.com
http://www.facebook.com/madratts

2013-05-15

METALWARPAGE MAGAZINE - ISSUE #6


BERITA


METALWARPAGE MAGAZINE kembali dengan penerbitan terbarunya iaitu Issue #6, dilancar secara rasmi pada 6 Jun 2013. Keluaran ini mengetengahkan 55 buah interbiu, antaranya bersama band tempatan seperti Barbazom, Deathevoker, Hayagriva, Heldrasil, Rakus dan Thorns Of Hate serta pelbagai band luarnegara! Turut padat dengan ulasan-ulasan dan artikel. Band Kerangkenk, old school Death Metal dari Jakarta, Indonesia telah dipilih untuk menjadi penghias kulit depan untuk isu ini. Pro glossy coloured printed cover, setebal 116 mukasurat (tidak termasuk kulit). 100% about metal. No nonsense article, No flyers sticking inside.. Total Metal Underground!!

HARGA:
RM20 ppd (Malaysia)
USD10 ppd (worldwide)

Pre-order: RM15 (untuk Malaysia sahaja)
Tawaran pre-order sehingga 28/05/2013


Diterbitkan oleh:
Seth Distro & Rec
http://www.facebook.com/seth.distronrec
http://www.facebook.com/metalwarpage.metalzine
http://www.myspace.com/metalwarpage

BAPAKKU.FM - SEGMEN: MUZIK BAWAH TANAH


BERITA



Perhatian undergrounders....! Setelah sekian lama bertapa! Kini, segmen "MUZIK BAWAH TANAH" akan menceriakan hidup anda kembali..!!! Dengarkan lagu-lagu yang sememangnya EKSTRIM..!!! bersama kami! Jangan lupa malam nanti temujanji anda.. seperti biasa setiap RABU malam KHAMIS.. 12 tengah malam hingga jam 3 pagi.. hanya di www.bapakku.fm. Untuk pengguna smart phone atau android, sila download "tune in radio".. install & selepas itu search bapakkufm. Hanya yang terbaik untuk anda hanya di BapakkuFM.

Sumber: Shah Zaini Ov Farasu - http://www.facebook.com/shah.zaini.1

ETERNAL ZINE - ISSUE #3 DALAM PEMBIKINAN


BERITA


ETERNAL ZINE telah diasaskan pada 1 Jun 2012 di Miri, Sarawak. Ianya merupakan sebuah fanzine yang “diadaptasikan” dari Borneo Metal Scene (merangkumi Sabah + Brunei Darussalam + Sarawak + Kalimantan Indonesia). 

“Pemilihan nama ETERNAL itu sendiri yang bermaksud KEKAL atau ABADI, menggambarkan maksud dan harapan saya terhadap survival Metal Borneo ini dan keseluruhannya! Dengan ini, Eternal Zine akan terus diwujudkan untuk bersama-sama memeriahkan scene Borneo yang mana saban hari, bulan dan tahun telah melahirkan banyak band-band baru, kebangkitan band-band lama serta bolehlah dikatakan scene Metal di Borneo sekarang cukup memberangsangkan dan dapat dibanggakan”, menurut kata Olee, editor fanzine ini.


Setakat ini Eternal Zine sudah meriliskan issue #1 dan #2 pada tahun 2012 di mana telah berjaya dicetak/jual sebanyak 250 naskah (untuk pengetahuan semua kedua-dua issue ini tidak akan diulang cetak lagi atas sebab-sebab tertentu). Nota: Issue #1 terdapat 2 edisi di mana edisi pertama (asal) dikeluarkan pada Januari 2012, manakala edisi kedua adalah re-issue dengan kulit baru.

“Buat masa ini Eternal Zine dalam proses menyiapkan issue ke #3 yang dijangka siap pada awal Julai nanti. Kali ini Eternal Zine akan memaparkan interviu istimewa dari DRACONAEON - Brunei Melodic Death Metal!! yang mana band yang diasaskan pada tahun 1999 ini masih bernafas sehingga sekarang walaupun silih berganti anggotanya! Issue kali juga akan memaparkan interviu bersma Karacoma (Brunei), Shamanic Rites (Sarawak), Mortuary Ancestor (Sabah), Akagrish (Sabah) dan banyak  lagi...”, tambah beliau bercerita tentang pembikinan issue terbaharu.

Amaran! Zine ini bebas dari unsur-unsur politik sampah & ajaran sesat kecuali kamu sendiri yang berfikiran sesat! dan tidak pernah mengalakkan perkauman! Kita Jangan Cari Perbezaan... Kita Carilah Persamaan Di Antara Kita.. iaitu Support Your Local Metal Scene!! 

Untuk info lebih lanjut boleh berhubung terus di:
http://www.facebook.com/groups/Eternal.Bloodbrother
http://www.facebook.com/eternalzine
http://www.facebook.com/olee.metalstorm
Emel: eternalzine@ymail.com
Tel: 016-5794253 (Olee)

ULASAN | LOPMAN IS A METALHEAD - ISSUE #1

Menurut penulis zine ini asasnya berkonsepkan komik dan nama Lopman itu hanya satu rekaan watak fiksyen yang tidak menjurus kepada sesiapapun melainkan kepada penulis semata-mata.

Zine ini hanya sebanyak 23 muka surat secara keseluruhan melibatkan 3 interview Al-Zalzalah (Indonesia), Deforming Torture (Malaysia) dan Molotov Cocktail (Indonesia) disediakan secara cut & paste bukanlah asing lagi bagi pembaca zine. Penggunaan font untuk zine ini adalah baik dan tidak menyakitkan mata.

Secara ringkas soalan-soalan disediakan bersifat umum seperti pengenalan kepada band dan turut meninjau pendapat band mengenai kewujudan jaringan sosial pada masakini yang turut mempengaruhi scene negara. Soalan-soalan ini sudah kita terbiasa dalam zine-zine lain. Penulis dicadangkan supaya mengemukan soalan-soalan yang lebih mencabar yang mungkin bersifat luar lingkungan muzik/scene semata.

Namun usaha penulis untuk meneruskan penulisan zine bercetak ini adalah harus dipuji. Di peringkat permulaan sudah pasti ada kelemahan namun jika usaha penambahbaikan yang berterusan penulis mampu melahirkan zine yang benar-benar berisi pada suatu hari nanti.

Turut diselitkan beberapa komik sebagai selingan santai kepada pembaca. Dicadangkan kepada penulis supaya dapat menambah ruangan mengreview stuff-stuff seperti stuff band-band yang terlibat dengan interview atau zine/zine lain tidak kira dari Malaysia atau luar negara. Semoga usaha beliau ini tidak terhenti disini saja. Teruskan tradisi ini.

Terima kasih daripada pihak Trooper Art Regime kepada penulis atas pemberian zine ini. Teruskan usaha anda. Bagi yang berminat untuk mendapatkan zine ini boleh menghubungi penulis di emelnya: lopmanisametalhead@yahoo.com dengan hanya RM2 (with postage or trade).

Pernilaian: 3/6 | Ulasan: Man Rabaxx

ULASAN | SATULES FANZINE - ISSUE #1


Satules Fanzine #1 menampilkan interview dengan Tarantulah, Kreacher, Jahanam Corpse dan Blood Legion. Dapatkan dengan harga cuma RM4 sahaja melalui fb Satules Fanzine atau melalui bro Syukri Steel Madness. Penulis meminta aku bagi komen. Komen aku masukkan ruang review demo / EP / album tidak kira baru atau berstatus klasik. Tidak boleh dinafikan ini salah satu usaha baik penulis untuk kekalkan root underground supaya tidak mati. Kalau boleh bagi soalan yang lagi mencabar biar sampai band-band yang ditemuramah nanti tidak dapat tidur malam, hahaha... Ok teruskan usaha anda. Terima kasih. Untuk yang berminat dengan fanzine ini, sila hubungi: facebook.com/satules.fanzine

Pernilaian: 2.5/6 | Ulasan: Man Rabaxx

2013-05-14

16/05/2013 - DRUNKARD NIGHT HOLOCAUST #3


BP DRUNKARD mempersembahkan: DRUNKARD NIGHT HOLOCAUST III | Menampilkan: KONTRASOSIAL (Bandung, Indonesia) / DISTATE / TXT / EYES POPPING OUT | Tarikh: 16 Mei 2013 (Khamis) | Tempat: The Wall, Batu Pahat | Masa: 8mlm | Tiket: RM10 | Informasi: facebook.com/thewallbp

SILENT DEATH - DISCOGRAPHY T-SHIRT


BERITA



COMING SOON!!! BE THE FIRST TO OWN THIS LIMITED EDITION TSHIRT! HURRY UP! PRE-ORDER NOW - RM35.00 ONLY!!!
http://www.facebook.com/pages/SILENT-DEATH/178894181657
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...