2014-12-30

INSULTOR - DEMONIC SESSION (DEMO 2014)


INSULTOR terbentuk sekitar tahun 2007 dan pertama kali diketengahkan dalam satu rilisan 4-way split "For Lust..." (bersama ELEKTRON, DWELLERS dan UNBLESS, keluaran ASTRAL LORE PRODUCTIONS) berbekalkan sebuah lagu 'Demon Prevails'. Setahun kemudian, INSULTOR atas kerjasama Astral Lore Productions telah mengeluarkan "Ritual Damnator" Demo 2008. INSULTOR sebenarnya telah wujud lebih awal di mana mereka menggunakan nama IMPERIA.

Pada penghujung tahun 2014, INSULTOR kembali bangkit di mana mereka melahirkan sebuah demo berformatkan pro-tape melalui label NEBULOUS BLACK TYRANT. Demo tersebut berjdul "Demonic Session" memuatkan 3 lagu rakaman terbaharu INSULTOR, dirakam secara live sekitar November 2014. Turut termuat dalam kaset ini 3 buah lagi lagu yang dikutip dari rakaman atau rilisan mereka yang terdahulu. Berikut adalah senarai lengkap lagu-lagu yang ditampilkan dalam "Demonic Session".

SIDE A
1. Vengeance
2. Wolf Of Hatred
3. Black Seed

SIDE B
4. Demon Prevails*
5. Satanic Blood*
6. Rise**

*Diambil dari Ritual Damnator (Demo 2008)
**Diambil dari Eastern Massacre Compilation


INSULTOR - "Demonic Session" (Demo 2014) dikeluarkan terhad 66 salinan sahaja dan beredar pada harga RM10 (tidak termasuk kos pengeposan). Anda di luar sana harus segera mendapatkan demo ini dan alami sendiri kekejaman Black Metal buatan band yang kini terdiri daripada Axxecutor (gitar), Hatred (vokal), Thy Beast (bass) dan Zekyuntur (dram). Hubungi: Hashim Insultor.

Nota: Demo-Tape ini mula beredar secara rasmi pada tarikh 27 Disember 2014 bilamana INSULTOR beraksi sebagai band pembukaan di acara Nebiula Production 20th Anniversary Party di Blackbox, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...