2014-12-24

DELUSI - "INFINITI" SINGLE 2014


"Infiniti" pada dasarnya adalah keluaran fizikal single kedua dari projek Dark Ambient tempatan DELUSI bagi tahun 2014 susulan kepada rilisan single pertama "Fatamorgana" sekitar bulan Jun lalu. Motif pengeluaran single ini adalah strategi promosi dan introduksi DELUSI di mana Single CD-R ini diedarkan secara PERCUMA, diberikan terutamanya kepada pembeli-pembeli produk lain dari DELUSI atau FATAMORGANA MUSIC PRODUCTION. Selain daripada lagu berjudul Infiniti itu sendiri, single ini turut menyelitkan lagu Nostalgia, sebuah saduran lagu asal NOCTURNAL DEPRESSION.


Dikeluarkan pada 5 Disember 2014, DELUSI "Infiniti" Single CD-R 2014 dikeluarkan terhad 11 salinan oleh FATAMORGANA MUSIC PRODUCTION [Kat#: DF.005]. Segera hubungi delusiproject@gmail.com atau facebook.com/delusiproject sebelum kehabisan stok!


DELUSI adalah sebuah projek muzikal Dark Ambient diasas dan dilaksana secara sendirian oleh Jiwa (semua gubahan dan rakaman) semenjak April/Mei 2014. Runut bunyi kelam, suram dan muram karya DELUSI terhasil dari inspirasi band/projek seperti BURZUM, MORTIIS, LUSTMORD, NEPTUNE TOWERS, AGHAST, NOX ARCANA dan seumpamanya. Tema/mesej DELUSI adalah misteri 4 unsur alam; tanah, air, api dan angin serta sisi gelap manusiawi terutamanya perihal kebuntuan, kemurungan dan keterasingan dalam hidup dan mati.

INFORMASI:
delusiofficial.blogspot.com
facebook.com/delusiproject
delusiproject.bandcamp.com
youtube.com/user/delusiproject

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...