2014-12-18

20TH ANNIVERSARY NEBIULA PRODUCTION - FAREWELL PARTY SHIRT

Tak siapa sangka malah di luar jangka tarikh 27 Disember 2014 di mana berlangsungnya parti 20TH ANNIVERSARY NEBIULA PRODUCTION akan menjadi hari terakhir NEBIULA PRODUCTION. Label unggul yang telah 20 tahun menjana evolusi Muzik Metal Malaysia ini akan ditutup dengan rasminya! Kejutan ini amat memilukan buat anak-anak metal/underground tempatan yang selama ini membesar dan dewasa bersama rilisan-rilisan keluaran Nebiula. Tiadanya NEBIULA PRODUCTION bagai satu kehilangan besar kepada warga metal/underground tanahair. Akan tiada lagi gig dan konsert anjuran Nebiula. Bukan itu sahaja, NEBIULA HEAVY METAL SHOP yang kian lama menjadi toko muzik pilihan akan turut terkubur bersama debu dan masa! 


"Majlis Perpisahan" 20TH ANNIVERSARY NEBIULA PRODUCTION akan diadakan di Blackbox, Publika Solaris Dutamas menampilkan persembahan-persembahan dari SIL KHANNAZ & SUPERFRIENDS, ROOT & BOOTS, THE SUSPECTS AKA, LANGSUYR, VOCIFERATION ETERNITY, SAUTS ALASTOR, SRI MANGKAT (pra-ARADIA), MISTIK, SHEWOLVES, THE NATIONHEAD dan INSULTOR. Sebagai cenderahati terakhir dari NEBIULA PRODUCTION, dua design t-shirt untuk dijadikan kenang-kenangan penyokong setia label ini turut dikeluarkan. Anda boleh mendapatkannya pada hari berlangsungnya "Majlis Perpisahan" ataupun melalui pesanan pos (dihantar selepas 27/12/2014). Terhad kepada 50 helai setiap design, t-shirt berjenama Gildan, disediakan dari saiz XS hingga XXXL. RM50 setiap helai.


Terima kasih NEBIULA PRODUCTION. Sumbangan yang disediakan terhadap gerakan dan perkembangan scene Metal Malaysia tiada ternilai, cukup berharga dan namamu teratas! Semoga kembali dengan wajah dan wadah yang baru. Hubungi: Jaie Jokhannaz.

BERKAITAN:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...