2014-02-15

RECIDIVIST - PREFABRICATED MACHINE T-SHIRT


RECIDIVIST pada tahun lalu (2013) telah mengeluarkan sebuah MCD berjudul "Prefabricated Machine" berkandungan 8 buah lagu, termasuk 4 daripadanya bonus (versi live). MCD tersebut adalah keluaran Angka Kematian Production. Bersempena album mini yang dikatakan material kelima dari kumpulan Death Metal ini, t-shirt berkaitan telah dikeluarkan dan baharu sahaja dilancarkan.


Berbeza daripada hiasan hadapan kulit CD, t-shirt "Prefabricated Machine" menampilkan ilustrasi yang lebih menarik, garang dan berwarna penuh hasil kerja seni Halvete. T-shirt putih berlengan panjang yang dikeluarkan adalah berkualiti fabrik Gildan Premium (buatan Eropah) dan cetakan Plastisol Dye (smooth surface). Kuantiti terhad 50 helai sahaja, tersedia dalam saiz pilihan S / M / L / XL berharga RM70.


Bagi anda yang masih belum memiliki MCD "Prefabricated Machine" dan ingin mendapatkannya bersekali dengan t-shirt ini, pihak RECIDIVIST bermurah hati menyediakan set pakej istimewa MCD + T-SHIRT + PATCH sekaligus pada kadar RM100. Tanpa t-shirt, set CD dan Patch sahaja RM30.

Perhatian: Harga-harga yang disebutkan, samada ia hanya t-shirt atau pakej bersekali MCD dan Patch, caj penghantaran tidak dikenakan, pesanan dihantar secara pos berdaftar secara percuma! Hubungi talian 012-2609373 (Nasrun) atau emel nas79run@gmail.com untuk maklumat lanjut dan pembelian. Komunikasi juga boleh berlangsung di laman facebook:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...