2014-02-15

MUZIK BOX PRODUCTION: MALEX - KHAYALAN ILLUSI


MUZIK BOX PRODUCTION telah begitu lama bergiat di persada underground tanahair dan merupakan label terawal di Johor Bahru, Johor. Tanpa amaran, produksi ini melepaskan rilisan terbaharu mereka berupa album mutakhir band Progressive Speed Metal dari Singapura iaitu MALEX. Berjudulkan "Khayalan Illusi", album ini bagaikan membuka jalan MALEX kembali menggegar! Kali ini lebih agresif dan berat! Album memuatkan 6 buah lagu dan sebuah instrumental serta lagu saduran dari SWEET CHARITY, lagenda Rock Kota Singa!

"Khayalan Illusi adalah bukti yang cukup kukuh dari mereka buat semua peminat muzik metal tempatan.  Malex bukan sekadar cerita kedai kopi yang hanya akan berakhir setelah meninggalkan kedai. Tahun 2014 Malex berikrar untuk terus berkarya dalam muzik kerana bagi mereka muzik adalah seni atau luahan perasaan yang tidak mengenal sempadan, bangsa atau politik."meportal.net

Dapatkan CD ini sekarang!! Dijual pada harga RM25 sahaja, anda ajukan pertanyaan dan pembelian di emel: muzikbox@hotmail.com atau menulis ke alamat: Muzik Box Production, P.O.Box 96, Pejabat Pos Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...