2014-02-26

IMPIOUS BLOOD - LAGU BARU: VOID OF ABOMINABLE DARKNESS


Ini prebiu lagu terbaharu dari IMPIOUS BLOOD. Lagu berjudul "Void of Abominable Darkness" ini mula diperdengar dan dihebahkan melalui lelaman youtube.com dan blogspot.com mereka semenjak 4 Februari 2014. Menurut penjana projek solo ini iaitu A. Black Blood, lagu "Void of Abominable Darkness" adalah advance track untuk sebuah rilisan Split 7" EP yang sedang dirancang untuk dikeluarkan, bersama sebuah lagi band Black/Death Metal tempatan. 


EKSTRIM pernah mengunjungi A. Black Blood sedikit masa lalu di Bedong, Kedah dan beliau menjelaskan menghasilkan sesebuah karya untuk IMPIOUS BLOOD bukanlah suatu proses yang mudah. Ianya memakan masa untuk mencari dan mengumpul idea, menggubah tekstur dan struktur sesebuah lagu yang mana pada hasil akhirnya nanti membuahkan kualiti serta paling penting menepati konsep Black Death ritual of Doom yang dimahukannya. 

Dalam pada melancarkan pra-dengar "Void of Abominable Darkness" ini, turut dimaklumkan bahawa rilisan terdahulu "Temple of Flesh, Pillars of Bones" Demo 2013 (CDR - Independen / Tape - Nexro Records)  telah diriliskan semula juga dalam format Tape (limited to 200 copies with color printed artwork and different layout) oleh INFERNAL KOMMANDO (France) - infernalkommando.blogspot.fr

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...