2013-10-29

TORCH - PEMBIKINAN ALBUM "LEGASI"


Setelah mengambilkira kekangan masa dalam mengejar jadual produksi album akibat komitmen kerjaya dan keluarga serta gig BERTUKANG MALAM-MALAM III, keputusan telah diambil bahawasanya album terbaru TORCH bertajuk LEGASI hanya akan mengandungi lapan (8) lagu sahaja iaitu CINCIR BELOH ROTAY, LEGASI, BANDOR MAKSIEK, ISABELLA, MUCHSIN TITIEK SANDHORA, MOK, TANOH RIZAK MELAYU dan TIADA YANG KEKAL MELAINKAN-NYA. 

Dilaporkan, Wolf (vokalis) akan masuk studio untuk merakamkan trek vokal dalam 3 minggu lagi dan selepas itu disusuli proses mixing dan mastering. Dijangka menjelang pertengahan Disember, LEGASI akan siap diserahkan kepada RDL DISTRO untuk dirilis.

"Progress pembikinan album Legasi akan slow sikit behind schedules.. Can't help coz commitment kerja bermaharajalela der!.. Setelah berbulan tertangguh Alhamdulillah, sehingga semalam (28/10/2013) sebanyak 8 lagu telah selesai rakaman vocal guide - Bandor Maksiek, Mok, Cincir Beloh Rotay, Legasi, Muchsin Titiek Sandhora, Tiada Yang Kekal MelainkanNya, Isabella dan Tanoh Rizak Melayu. Hopefully, we can complete the album before the new year eve.. Letih gileee nih!" kata Fandi Razali (gitar) memperjelaskan keadaan.

INFORMASI:

BERITA TERDAHULU:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...