2013-10-02

TRIUMPH OV FIRE - LIVE... FIRE IN HELL CITY!!!


TRIUMPH OV FIRE berpaksikan Melodic Black Metal asal Melaka semakin bergiat cergas memperluaskan kuasa mereka bukan sahaja di segenap tanah Malaysia, malah diterima dengan baik di bumi Indonesia. Memandangkan sambutan yang begitu menggalakkan, label mereka TROOPER ART REGIME telah mengambil langkah mencetak dan mengedar semula rilisan-rilisan terdahulu, termasuklah "Live... Fire In Hell City!!!". 

Menurut pihak TROOPER ART REGIME, rilisan ini dikeluarkan sebelum keluaran EP yang terbaru dari TRIUMPH OV FIRE pada tahun 2012. Album Live ini telah dirakamkan di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur turut memuatkan sebuah bonus yang bakal dimuatkan dalam rilisan TRIUMPH OV FIRE akan datang.  Album ini juga dilahirkan memandangkan sudah lama album live dari genre metal tidak dilahirkan pada masa kini. Diharap album ini dapat mengembalikan nostalgia kepada peminat muzik terutamanya Black Metal. 


Senarai lagu yang terdapat dalam "Live... Fire In Hell City!!!" adalah sebagaimana berikut:

01. Intro
02. Story ov Your Roses
03. The Sign ov Evil Existence (Rotting Christ cover)
04. In The Name of Black Principle
05. Circle ov Tyrant
06. Metal Heart (Accept cover)
07. Bonus Track: The True Triumph Ov Fire

Dapatkan segera album live ini dengan menghubungi Rock Angel (012-6429431) / Man Rabaxx (012-5371675 dengan harga cuma RM20.00 termasuk kos penghantaran.

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...