2015-08-08

AJAL - "JAHANNARAKAH" REISSUE PRO-TAPE (2015)


Kelibat AJAL selaku pengantar Raw Eastern Black Metal dilihat kian terpinggir dari peta Metal Underground tanahair. Hal ini diperakui sendiri oleh Rohja'at selaku vokalis di mana beliau pernah menyatakan AJAL telah menemui jalan buntu dan dipertimbangkan "tutup buku". Situasinya, beberapa ahli mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama band (atas sebab komitmen keluarga dan kerjaya) manakala anggota yang tinggal pula tidak lagi meneruskan pengkaryaan-perkaryaan baru.


Dalam pada ketidakberadaan AJAL, impak yang pernah terledak dari rilisan album debut "Jahannarakah" seakan tidak hilang dari ingatan khususnya penyokong-penyokong setia kumpulan ini malah masih menjadi tagihan penggemar Black Metal masakini. "Jahannarakah" adalah album bermuatan 7 buah lagu pengeluaran bersama MTD PRODUCTION dan EASTERN VOICE PRODUCTION pada Julai 2012. Kemudiaannya, sebuah label dari Sweden iaitu SALUTE RECORDS mengeluarkan "Jahannarakah" dalam bentuk kaset.



Memandangkan masih tetap ada permintaan terhadap album "Jahannarakah" terutamanya dalam format tape, sebuah label tempatan iaitu WAKAF PRODUCTION telah diberikan mandat untuk menerbit dan mengeluarkan semula album cult dari AJAL ini dalam bentuk Pro-Tape terhad 100 salinan. Berbanding edisi asal, versi keluaran semula di tahun 2015 ini menampilkan presentasi kulit hadapan yang baharu. Dapatkan segera rilisan ini! Pada harga edaran cuma RM15, produksi ini mungkin 'hadiah' terakhir dari AJAL khas buat pengumpul barangan AJAL dan peminat baru irama Black Metal. 

INFORMASI:

BERKAITAN:

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...