2015-08-11

AL-AZAZHIL - FORBIDDEN KALTH EP 2015 [FORMAT CD]


Susulan kepada pengeluaran EP “Karak Puakarh” (sekitar tahun 2014) dan split “Amidst The Deepest Of Voidness” bersama NEFTARAKA (keluaran Casus Luciferi Records pada 16 Februari 2015), senandung kelam AL-AZAZHIL kembali bergema melalui produksi EP terbaharu berjudul “Forbidden Kalth”. EP yang dikeluarkan secara rasmi pada 10 Ogos 2015 oleh WAKAF PRODUCTION ini mengandungi 6 buah lagu karya terkini AL-AZAZHIL sepertimana senarai berikut:

1. Intro
2. Night Wing (A Death Whisper)
3. Kalth
4. The Dusk
5. Tsu Flood Angker Divisi
6. Saitan’s Throne


AL-AZAZHIL “Forbidden Kalth” EP 2015 [Kat#: WP666-15] ini direalisasikan dalam format pro-printed CD-R diperkemaskan dalam kotak DVD. Menariknya juga, pembeli boleh membuat pilihan samada mahukan coversleeve berwarna emas (gold) ataupun perak (silver). “Forbidden Kalth” pastinya menjanjikan sesuatu yang cukup memukau, oleh itu bersegeralah mendapatkan sementara stok masih ada kerana kuantiti pengeluarannya terhad kepada 66 salinan sahaja. CD ini milik anda hanya pada harga RM15 (tidak termasuk kos penghantaran melalui pos). Hubungi facebook.com/syaf.suhaime atau WAKAF PRODUCTION dan AL-AZAZHIL untuk selanjutnya. 

INFORMASI:

BERKAITAN:

TERDAHULU:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...