2015-05-15

KHARABANAZAK - "KHARABANAZAK" CD 2015


Kekuatan irama Black Metal ciptaan KHARABANAZAK seakan tidak luput ditelan zaman, malah terus dijadikan sandaran oleh WAKAF PRODUCTION untuk menghasilkan lagi produk keluaran semula dari band asal Masai, Johor tersebut. Terdahulu pada awal Mei 2012, label bertapak di Kuala Lipis, Pahang itu telahpun mengeluarkan materi berjudul "Scimitar Kafirun Jakhanam" (sebuah rilisan menghimpunkan lagu-lagu KHARABANAZAK diambil dari split tape 1997 "Symphony Of The Evening Breeze" bersama ATROCIOUS). Kali ini, rilisan self-titled "Kharabanazak" pula yang dikeluarkan oleh WAKAF PRODUCTION.


"Kharabanazak" pada asasnya adalah rilisan semula album band berkenaan yang mana versi asal adalah dalam format pro-tape di bawah pengeluaran SACRED PRODUCTION pada tahun 1999. Kaset album tersebut mengandungi 9 buah lagu. Untuk edisi rilisan semula yang dibuat oleh WAKAF PRODUCTION, turut diselitkan sebuah lagu (*) yang diketengahkan KHARABANAZAK dalam kompilasi SENGATAN SELATAN (Muzikbox Production, 2002). Keseluruhan 10 buah lagu yang diabadikan dalam "Kharabanazak" ini adalah sebagaimana senarai berikut:

01. Thy Death Egois
02. Wayu Aroda
03. Nocturne Anger
04. Cremation Of Beherit
05. Mandrem Spirituality
06. Seek By The Moribund Sentenced
07. Days Of Corpse
08. Scimitar Kafirun Jakhanam
09. Yojana Waisya
10. Makam 7*

Gambar: Keluaran asal, Sacred Production 1999

KHARABANAZAK - "Kharabanazak" CD [Kat#: WKP012] dirilis secara rasmi pada 5 Mei 2015 dalam format Pro-CDR dengan kemasan regular/standard jewel case. Hanya 100 salinan yang dikeluarkan oleh WAKAF PRODUCTION dan dipasarkan pada harga RM20. Segera hubungi syaf1411@yahoo.com / 013-5280607 (WhatsApp) atau singgah di laman facebook label pengeluar untuk sebarang pesanan dan pertanyaan maklumat lanjut.

INFORMASI:

TERDAHULU:

Editor: Rilisan ini akan lebih lengkap kiranya dapat dimuatkan juga saduran Twisted Soul oleh KHARABANAZAK dalam tribut "...In Remembrance For Brain Dead" (Apokalip Releases, 1999).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...