2015-05-15

HUMILIATION - PERKEMBANGAN TERKINI & PERTUKARAN AHLI

Setelah 6 tahun, 5 keluaran album penuh, 6 rilisan EP serta 3 kejayaan tour Eropah semenjak wujudnya HUMILIATION pada sekitar 2009, gitaris Matt dan pemain bass Afe akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah meninggalkan band Military Death Metal ini atas alasan komitmen kehidupan yang kian menuntut ketertanggungjawaban mereka berdua. "Ia tidak akan sama tanpa mereka (Matt dan Afe) tetapi band ini akan tetap diteruskan dan perlu bergerak ke hadapan", ujar Bear Bee yang tampak tidak hilang semangatnya meletakkan HUMILIATION pada tahap lebih tinggi.

Tanpa menunggu masa yang lama, pengganti telah ditemui. HUMILIATION 2015 akan menampilkan pemain gitar baru, Amir Faisal yang menyertai HUMILIATION sebaik sahaja mereka selesai rakaman album penuh keenam yang dijadualkan rilis pada musim panas nanti di bawah Dark Side Of Punk Records. Khabarnya, album terbaharu ini secara eksklusif akan hanya dikeluarkan dalam format vinil 12" LP. 

Dalam pada itu, HUMILIATION turut memaklumkan bahawa mereka juga telah menandatangani satu lagi kontrak 2 album dengan Deepsend Records selepas pengeluaran album "Turbulence From The Deep" (2013) dan "Battalion" (2014) di bawah label yang sama. 

"Terima kasih tiada terhingga diucapkan kepada Matt dan Afe atas ruangan masa yang diperuntukkan, segala usaha dan tenaga mereka berdua selama ini. Kami mendoakan yang terbaik dalam apa jua yang mereka lakukan selepas ini", kata Bear Bee menghargai sumbangan kedua-dua bekas anggota asal HUMILIATION tersebut. 


HUMILIATION 2015: ASRAF – GUITAR & BASS / BEAR BEE – VOCALS / MUDON – DRUMS / AMIR – GUITAR

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...