2015-05-15

PURNAMWULAN - THE HIDDEN OF THE MYSTICAL PATH (SINGLE 2015)


Metalis senior Perak Darul Ridzuan, PURNAMWULAN yang sebelum in dilaporkan kembali ke studio rakaman pada Oktober 2014 lepas baru-baru ini telah mengeluarkan single pertama berjudul "The Hidden Of The Mystical Path", dilancarkan secara rasmi pada 4 Mei 2015 dalam format digital di iTunes, Amazon, Spotify dan beberapa lagi.

Lagu ini asasnya adalah rakaman semula lagu lama dari Demo 1996 "The Fullmoon over the Kliwon", tetapi diberi sentuhan warna dan suntikan nafas yang baru bersesuaian dengan kematangan usia dan 20 tahun keujudan PURNAMWULAN itu sendiri. Bagi yang merindui PURNAMWULAN, anda tidak perlu risau kerana mereka tetap Java Celestial Ethos Metal.

Penyebaran single "The Hidden Of The Mystical Path" ini mengikut ahli kumpulan ini adalah langkah pertama mengesahkan kembalinya PURNAMWULAN dengan rakaman terbaharu dan paling penting, ia merupakan petanda awal bakal muncul sebuah album penuh paling dinantikan dari kem Militan Metal Ipoh, sebuah komuniti yang cukup cemerlang dalam melahirkan band-band metal berprofil tinggi.

Dengarkan dan muat-turun The Hidden Of The Mystical Path di laluan-laluan berikut:
■ itunes.apple.com/album/id986542140
■ amazon.com/dp/B00W8HVLG0
■ amazon.co.jp/dp/B00W8IV13M
■ spotify.com/track/4a0uw9qnI8qEyTFJt0cOGW
■ rippletunes.com/album/Purnamwulan/...
■ hmvdigital.com/releases/4374265#t44825771
■ guvera.com/releases/ae3d6e4c450b49d1be8181a02e58ba9e

INFORMASI:
facebook.com/pages/Purnamwulan/849817798378192
twitter.com/PurnamwulanOfc
metal-archives.com/bands/Purnamwulan/4415

TERDAHULU:
PURNAMWULAN - KEMBALI KE STUDIO RAKAMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...