2012-05-13

KHARABANAZAK - SCIMITAR KAFIRUN JAKHANAM (2012)


KHARABANAZAK adalah sebuah angkatan Black Metal dari selatan tanahair. Secara ringkas, material pertama mereka adalah rilisan split tape berjudul "Symphony Of The Evening Breeze" bersama ATROCIOUS keluaran Evil Art sekitar 1997. Kemudian, KHARABANAZAK tampil dengan sebuah kaset album (tanpa judul) keluaran Sacred Production pada tahun 1999. KHARABANAZAK juga pernah menyumbangkan lagu dalam tribut "In Remembrance For Brain Dead" (Apokalip Releases, 1999) dan kompilasi "Sengatan Selatan" (Muzik Box Production, 2002). Selepas itu, nama KHARABANAZAK kian tenggelam dan dilaporkan bubar.


WAKAF PRODUCTION, sebuah label dari Kuala Lipis (Pahang) yang dikelolakan oleh saudara Syaf (gitaris AL-AZAZHIL) baru-baru ini telah mengeluarkan produk KHARABANAZAK berjudul "Scimitar Kafirun Jakhanam " dalam format Pro-CDR. Kandungan CDR berstatus Demo ini adalah ekstraksi 4 buah lagu yang terdahulunya dimuatkan dalam split tape "Symphony Of The Evening Breeze", sepertimana senarai berikut:

01. Days Of Corpse
02. Scimitar Kafirun Jakhanam
03. Cremation Of The Beherit
04. Yojana Waisya

Gambar: Keluaran asal, Evil Art 1997

"Scimitar Kafirun Jakhanam" Demo CDR 2012 adalah satu pengeluaran yang seharusnya dimiliki setiap pencinta muzik Black Metal tempatan, terutamanya buat mereka yang menyokong perjalanan karier KHARABANAZAK. Dapatkanlah dari pihak WAKAF PRODUCTION pada harga cuma RM10 (tambah RM5 untuk pengeposan). Hubungi: syaf1411@yahoo.com atau facebook.com/WakafProduction.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...