2014-07-23

DAARCHLEA - "SUNS" RILIS PADA 27 OGOS


Kumpulan DAARCHLEA dari Kuala Lumpur pada masa ini dalam persiapan terakhir untuk mengeluarkan album sulung mereka berjudul "Suns" yang mana dijadualkan rilis pada 27 Ogos 2014. 

"Suns" menggabungkan elemen-elemen Black Metal, Modern Metal, Prog Metal serta suntikan muzik folk dan tradisional Malaysia, diadun bersama sebaik mungkin, menghasilkan satu himpunan lagu-lagu yang unik dan meninggalkan kesan mendalam pada semua orang yang mendengarnya. Album ini juga menampilkan lirik-lirik tentang manusia dan tujuan kehidupan di mukabumi ini.


"Suns" bakal mengetengahkan sejumlah 10 buah lagu sebagaimana senarai berikut:

01. Birth, The Beginning
02. The Book Of Heresy
03. Qhilav
04. Phase One : Tree
05. Phase Two : Human
06. Odyssey : Towards The Sun
07. Paradoctrine
08. Messiah
09. Ascend To Arasy
10. The Great Extinction

DAARCHLEA merakamkan rasa keterujaan mereka terhadap kelahiran album pertama mereka ini serta material-materialbaru yang bakal mereka tampilkan. Prebiu single "Odyssey : Towards The Sun" telahpun muladiperdengarkan di saluran rasmi Youtube mereka. 


"Suns" bakal dipasarkan secara digital mahpun salinan fizikal. Berikut adalah gambaran awal booklet yang bakal disertakan pada album ini nanti. 


INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...