2014-07-26

SUFFERCATION - "ANCIENT VISIONS DISAPPEAR THEN RISE CRYPTIC EXISTENCE" MULA DIPASARKAN


Setelah sedikit tertangguh disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, akhirnya buahtangan SUFFERCATION "Ancient Visions Disappear Then Rise Cryptic Existence" yang juga merupakan rilisan semula album kedua 1993 mereka (judul asal "Cryptic Existence") mula dipasarkan pada awal Julai 2014.

Antara perkara-perkara menarik tentang album ini adalah; semua lagu dari album asal telah di-mastering semula, penambahan dua lagu ciptaan baru, penggunaan artwork dan design yang baru serta dikeluarkan dalam pakej Digipak CD.

Senarai Lagu:
01. Intro (The Truth Remains) - 1:04
02. Endless Wrath - 5:02
03. Dark Reflection - 4:30
04. Eternal Exaltation - 3:27
05. Forgotten Destiny - 5:32
06. Final Catastrophe - 4:43
07. Through The Darkness - 3:22
08. Deviate Invocation - 4:34
09. False Dissemination - 6:32
10. Dubious Sin* - 3:36
11. Perpetual Flame* - 4:28


Untuk maklumam, kerja-kerja rakaman (*dua lagu baru) dan mastering telah dijalankan di Maggot Tune Studio, Putrajaya. Berbanding lagu-lagu dari rilisan asal yang dinyanyikan oleh Jeff Illias, vokal untuk dua lagu baru adalah oleh Ijall. Digipak CD ini dikeluarkan / diedarkan oleh CoolRecords.

Harga CD ini diedarkan adalah RM40 (Semenanjung Malaysia) / RM50 (Sabah & Sarawak). Pihak SUFFERCATION juga turut mengeluarkan poster eksklusif bersaiz A3 sempena pengeluaran album ini di mana anda perlu menambah RM10 sekiranya pesanan dibuat bersekali dengan CD. Harga poster jika dipesan secara berasingan bernilai RM26. T-shirt juga tersedia. Hubungi SUFFERCATION untuk keterangan lanjut dan pembelian.



INFORMASI/HUBUNGI:

BERKAITAN:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...