2016-05-24

DEADBLASTER - PROMO 2016


DEADBLASTER adalah nama sebuah unit grind yang baharu sahaja muncul dari arena muzik ekstrim Lahad Datu, Sabah. Band ini dibarisi oleh Azmeer (vokal), Lan (gitar), Abe (dram) serta bantuan seorang sessionist Ryn (bass). Sebagai satu pengenalan, DEADBLASTER telah merakam dan mengeluar rilisan "Promo 2016" yang dilancarkan edarannya pada 8 Mei 2016 sewaktu mereka membuat kemunculan di gig HELLTHEE DAMNATION DAY.

Azmeer selaku vokalis DEADBLASTER ketika dihubungi memaklumkan bahawa band ini secara muzikalnya boleh dikategorikan sebagai Deathgrind. Beliau menamakan antaranya INGROWING, COLDWORKER dan MISERY INDEX sebagai sumber yang banyak memberikan inspirasi kepada DEADBLASTER dalam proses pembikinan lagu dan penulisan lirik. "Promo 2016" mengandungi 2 buah lagu [durasi keseluruhan 3:17 minit] seperti senarai berikut:

1. Mind Control - 1:33
2. Depression and Lust - 1:44

"Tujuan kami meriliskan promo ini agar kami dapat berkongsi minat muzik itu sendiri dengan sahabat di luar sana, juga berharap agar material baru dan ringkas ini dapat diterima oleh penggemar muzik grind yang telah mendengarnya", ujar Azmeer berkenaan objektif penerbitan "Promo 2016" ini yang mana semua lagu dirakam di Studio Chromatic, Sandakan. Promo CD-R ini dijual pada harga cuma RM3 (tidak termasuk kos pengeposan) dan boleh diperolehi dari Azmeer - facebook.com/azmeer.ahke.


EKSTRIM telahpun mendengar rilisan ini dan berpendapat ia sebuah material yang cukup bagus dibantu kualiti bunyi yang memberangsangkan. Lagu-lagunya digarap dengan baik dan tersusun dalam menghasilkan irama Deathgrind yang padat dan berat. "Promo 2016" ini adalah satu permulaan di mana bagi pihak DEADBLASTER sendiri, ianya pemangkin untuk mereka terus berkarya dan memacu perancangan untuk merilis lebih banyak material di masa hadapan.

TERDAHULU:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...