2016-05-05

CELESTIAL FREQUENCY - CF0003: GRANDEUR OF THE EAST COMPILATION


Ceritera di sebalik tabirnya telah lama didengari. Kisahnya sudah tersebar sekitar 2013 lagi. Perancangan dan pembikinan menelan masa panjang mungkin untuk jaminan kualiti yang terbaik. GRANDEUR OF THE EAST – ia nama sebuah rilisan kompilasi menghimpunkan kumpulan-kumpulan metal ekstrim tempatan di bawah usaha CELESTIAL FREQUENCY akhirnya berada di pasaran!!! GRANDEUR OF THE EAST COMPILATION [Kat#: CF0003] dikeluarkan secara rasmi pada 11 April 2016 menampilkan 10 buah band bersama deretan lagu-lagu yang ditulis dan dirakam eksklusif untuk kompilasi ini.

Senarai Band & Lagu:
01. NOSFERIEL (Terengganu) - Myrmidonian Angel War
02. BLACK ABYSS (Selangor) - Unlight Destroyer
03. ANGUISH (Pahang) - Screams of Brutality
04. IVVIIV (Pahang) - The Ancient Prophecy I Desired
05. COLLAPSUS (Kedah) - Nocturnal Inception
06. TAHANNUS (Terengganu) - Storm of Seven Gods
07. SUFFER REMAINS (Terengganu) - Remnants of the Ruined World
08. IMPERIAL (Kuala Lumpur) - Emperor of the Hordes
09. VISITANT (Pahang) - Realm of the Night
10. TASYIM (Pahang) - The Cried.. The Tears






Penantian terhadap rilisnya GRANDEUR OF THE EAST memang berbaloi! Sepuluh band yang berwibawa, malah sebahagian besarnya datang dari era emas 90-an, 10 buah lagu yang ditulis dan dirakam dengan teliti, penghasilan kualiti bunyi berprofil tinggi [semua rakaman dan adunan di Studio Quantize, Kuala Lumpur di bawah kendalian Azumbi (Collapsus)] dan CD yang dicetak profesional turut dilengkapi booklet setebal 12 halaman berwarna, informatif dan semua lirik disertakan.

Difahamkan, GRANDEUR OF THE EAST boleh diperolehi di toko-toko muzik ekoran adanya kerjasama dengan pihak LIFE RECORDS sebagai ejen edaran. Kompilasi ini dijual di pasaran pada harga RM33.90 dan boleh juga dapatkan salinan anda melalui pos dengan tambahan kos poslaju RM7 Semenanjung / RM10 Sabah & Sarawak samada daripada CELESTIAL FREQUENCY | Facebook: fb.com/celestialfrequency | E-mel: celestialfrequency.malaysia@gmail.com | ataupun wakil pengedarnya ITNA TSIRHC MERCHANDISING | Facebook: fb.com/hulubalangtimur (Azril Hulubalang Timur) | E-mel: hulubalangtimur@gmail.com


GRANDEUR OF THE EAST juga disediakan dalam format digital untuk dimuat-turun (berbayar) di laman-laman berikut: deezer.com / itunes.apple.com / play.spotify.com malahan juga boleh diperolehi secara Mobile Downloads (hanya dalam Malaysia): Maxis, Digi, Celcom dan U-Mobile [rujuk kod & kaedah muat-turun di kulit belakang produk rilisan CD tersebut]. Rekomendasi: Kalaulah anda dalam pencarian sebuah kompilasi (band metal tanahair) yang "terbaik" dari pelbagai sudut, GRANDEUR OF THE EAST adalah jalan penyelesaiannya! Rebut peluang ini kerana ianya terhad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...