2016-05-31

BANGKIT! FANZINE - EDISI PERTAMA


Salam. Aku sendiri tak pernah sangka satu hari nanti aku akan tulis dan terbitkan sebuah fanzine selain dari bermotifkan Metal Ekstrim. Ramai yang mengenali aku dari awal dulu sebagai seorang “metalhead” dan editor metal untuk NATHIAS ZINE dan juga blog EKSTRIM. Semalam, 30 Mei 2016 aku lancarkan pengeluaran karya terbaru aku – BANGKIT! FANZINE isu #1. Zine ini menjurus kepada muzik Hardcore Punk secara keseluruhannya serta beberapa genera lain yang relevan dengan scene muzik DIY/independen seperti Noisegrind, Harshnoise, Thrashcore, Powerviolence dan sebagainya. 

Idea menghasilkan Bangkit! Fanzine bercambah dari blog peribadi Up The Punx (Dari Kacamata Seorang Metalhead) yang aku mulakan semenjak November 2015. Percaya atau tidak, walaupun Nathias Zine dianggap publikasi metal berat dan hitam secara total tetapi dalam isu ke-2 (terbitan November 1994) aku telah mewawancara Carburetor Dung dan band inilah satu-satunya band punk yang pernah mengisi slot dalam Nathias Zine. Dek kerana memang sudah minat aku menulis dan berkeinginan keluarkan satu fanzine yang lari dari kebiasaan metal aku, maka aku terfikir untuk “bukukan” penulisan aku di blog Up The Punx serta siarkan semula interbiu Carburetor Dung yang aku maksudkan tadi untuk tatapan hari ini.


Edisi Pertama BANGKIT! FANZINE menampilkan interbiu bersama band-band tempatan iaitu KROSOT, KLABU ASAP, JOHN MACBAREN, DISOBEY, ANGKARA, LANGGAR LARI serta label YOUTH CRIME RECORDINGS (khas berkaitan kompilasi Penentangan Berterusan) selain penyiaran semula interbiu CARBURETOR DUNG sepertimana yang aku maklumkan di atas. Isu #1 ini juga memuatkan ruangan rebiu CD, Kaset dan Literatur serta artikel, berita dan sebagainya!. Ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali interbiu bersama Carburetor Dung. 40 mukasurat saiz A5. Harganya cuma RM5 tidak termasuk kos pengeposan. Dengan yang demikian, barangsiapa yang berminat untuk dapatkan Bangkit! #1 bolehlah hubungi aku terus di: facebook.com/piankvlt atau WhatsApp: 018-9189212.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BANGKIT! FANZINE dan blog UP THE PUNX, sila layari pautan-pautan berikut:

Terimalah BANGKIT! seadanya. Hardcore Punk, Solidariti dan Kebebasan!.

2016-05-24

Farasu, Infectious Maggots dan Suffercation Bakal Gegar Hard Rock Café Melaka


Nama Farasu, Infectious Maggots dan Suffercation seakan sudah selari di bibir-bibir para penggemar muzik berat tempatan. Kewujudan mereka telah sekian lama di persada muzik bawah tanah, biarpun tidak mendapat tempat di hati para peminat muzik arus perdana, itu sedikit pun tidak pernah menghentikan minat mereka untuk terus berkarya di bawah nama underground.

Jika sebelum ini pentas Hard Rock Café Melaka pernah di warnai oleh jalur muzik seumpamanya yang di bawa oleh kumpulan Brain Dead, Sil Khannaz, Necrotic Chaos dan FTG. Ternyata kehebatan aksi-aksi kumpulan tersebut berjaya mendapat sokongan di kalangan pencinta muzik berat tempatan apatah lagi ianya sedikit sebanyak membuka ruang untuk kumpulan lain beraksi di pentas yang sama.

Lantaran displin yang tinggi ditunjukkan oleh penggemar muzik sedemikian, maka pihak Hard Rock Café Melaka sekali lagi memberi kepercayaan kepada Farasu, Infectious Maggots dan Suffercation untuk memenuhi slot “Live Music”. Apatah lagi ketiga-tiga kumpulan ini memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak Hard Rock Café Melaka.


Hirarki penubuhan Farasu yang bermula pada penghujung tahun 2002 menyaksikan penyatuan 2 buah kumpulan iaitu Brave In Vision dan Iron Storm. Jatuh bangun, pertukaran ahli sudah menjadi rencah buat sesebuah kumpulan yang di tubuhkan. Namun di sebalik kegagalan itu menjadikan setiap anggota Farasu menjadi semakin kuat.

Demi membuktikan bahawa mereka mampu berdikari, kumpulan yang ditunjangi oleh Shah Zaini, Nahak, Ordil Jay Sven, Apai dan Mus Fidayyin tampil dengan album pertama yang berjudul “Menongkah Arus” (2010). Album yang bernadikan eastern metal ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan penggemar muzik berat tempatan. Album kedua yang berjudul “Against Tyranny” telah diterbitkan pada tahun 2015.


Kelahiran “Against Tyranny” seolah-olah membuka lembaran bagi Farasu kerana selain beraksi di dalam Negara mereka juga turut mendapat tawaran mengadakan persembahan di Indonesia. Antaranya adalah Jogja Brebeg Fest, Batam Undersickness 4, Dumai Tektonik, Daimonous Open Air dan sebagainya.

“Kami cukup teruja dan berterima kasih kepada Hard Rock Café Melaka kerana memberi ruang dan peluang kepada Farasu untuk turut sama memeriahkan siri Live Music bersama-sama 2 lagi jenama hebat yang ternyata cukup dikenali di persada muzik bawah tanah”, ujar Nahak.

“Buat peminat Farasu, Insha Allah kami akan memberikan yang terbaik untuk santapan halwa telinga anda. Kami cukup teruja apabila digandingkan di atas satu pentas bersama-sama Infectious Maggots dan Suffercation”, tambahnya lagi.


Infectious Maggots terlebih dahulu dikenali dengan nama ABC Dead, dimana ketika awal penubuhannya pada tahun 1991 ianya di barisi oleh Lan Bear, Lan Bye, Kochix, Wan Ermie dan K-Roll. Nama Infectious Maggots mula diguna pakai setelah kemasukkan Fathul yang berada di posisi vokal.

“Life Among The Ruins” merupakan demo pertama yang dihasilkan di bawah nama Infectious Maggots, demo yang membariskan 4 buah lagu ini telah menambat hati syarikat rakaman Sonic Asylum Records. Maka pada tahun 1992 album studio pertama dihasilkan dengan judul “Deep Within Our Grief Factory, Milk Runs Red”.


Album yang menjadi ikon muzik industrial ini terus menjadi pemankin kepada Infectious Maggots untuk terus bergerak ke hadapan. Lantaran itu lahirlah beberapa buah lagi album daripada Infectious Maggots, antaranya ialah Unknown dan Karat Besi Simfoni.

Lan Bear, Lan Bye, Fathul, Pie dan Jijoe akan memastikan Infectious Maggots para penggemar wirama berat tempatan akan terpaku dengan persembahan bertenaga daripada mereka. Apatah lagi penyatuan ini pasti akan memberi impak yang besar kepada hadirin yang menonton aksi-aksi hebat Maggots.


Bagi peminat muzik underground sudah tentu anda mengenali nama kumpulan Suffercation. Semenjak kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1990, nama Suffercation sering meniti di bibir para peminat muzik underground.

Penyatuan anggota asal kumpulan Suffercation pastinya sentiasa dinantikan oleh penggemarnya. Jeff, Ly, Rob dan Loli adalah tulang belakang yang memantapkan muzik Suffercation itu sendiri. Album pertama “Day Of Darkness” keluaran Valentine Sound Production pada tahun 1992 sentiasa menjadi bualan peminat dari dulu sehingga kini.

Setiap album yang dilahirkan pastinya menjadi bualan serta tampil dengan konsep yang berlainan. Malah ada di kalangan peminat yang memberi reaksi negatif apabila Suffercation tampil dengan album melayu yang di lihat cukup bertentangan dengan konsep Suffercation itu sendiri.


Sehingga kini Suffercation telah hadir dengan 6 buah album, Day Of Darkness, Cryptic Existence, In Sufferance, Karisma..Rialiti..Abadi.., Pendekar dan As We Breathe..

“Buat peminat yang hadir pada 28 Mei ini, Suffercation hanya akan mempersembahkan lagu-lagu yang terdapat di dalam album pertama, Day Of Darkness. Ianya hanya eksklusif untuk peminat yang hadir di Hard Rock Café Melaka”, ujar Ly Razak.

“Pastinya kami akan memberikan sesuatu yang mengujakan, apatah lagi kembalinya vokalis asal iaitu Jeff Ilias sedikit sebanyak akan mengubat kerinduan peminat Suffercation kepada lagu-lagu yang terdapat dalam album Day Of Darkness”, tambahnya.

“Demi peminat Suffercation kini giat berlatih, biarpun ada di antara kami yang berada di luar Kuala Lumpur namun untuk persembahan di Hard Rock Café Melaka nanti, ianya bukan halangan buat kami. Apa yang penting kepuasan anda adalah matlamat utama kami”, ujar Ly mengakhiri perbualan.

Farasu, Infectious Maggots dan Suffercation bakal di satukan di Hard Rock Cafe Melaka pada 28 Mei ini. Dengan tiket serendah RM40.00 anda bakal disajikan dengan santapan muzik yang sentiasa malar segar seraya mengembalikan nostalgia sewaktu anda membesar dengan muzik-muzik mereka. Showcase eksklusif ini akan bermula sekitar jam 3 petang dan berakhir pada jam 6 petang.

Pastikan janji temu anda bersama mereka, sebarang pertanyaan mahupun urusan pembelian tiket boleh layari www.hardrock.com/melaka atau datang sendiri ke Hard Rock Café Melaka. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi enquiries@hardrockcafe-melaka.com atau hubungi talian +606 2925188.

Teks & Foto kiriman: Nazghoul Azguadthnazghoul75@gmail.com
Klip Video oleh: Gatal Tangan Project

BERKAITAN:

DEADBLASTER - PROMO 2016


DEADBLASTER adalah nama sebuah unit grind yang baharu sahaja muncul dari arena muzik ekstrim Lahad Datu, Sabah. Band ini dibarisi oleh Azmeer (vokal), Lan (gitar), Abe (dram) serta bantuan seorang sessionist Ryn (bass). Sebagai satu pengenalan, DEADBLASTER telah merakam dan mengeluar rilisan "Promo 2016" yang dilancarkan edarannya pada 8 Mei 2016 sewaktu mereka membuat kemunculan di gig HELLTHEE DAMNATION DAY.

Azmeer selaku vokalis DEADBLASTER ketika dihubungi memaklumkan bahawa band ini secara muzikalnya boleh dikategorikan sebagai Deathgrind. Beliau menamakan antaranya INGROWING, COLDWORKER dan MISERY INDEX sebagai sumber yang banyak memberikan inspirasi kepada DEADBLASTER dalam proses pembikinan lagu dan penulisan lirik. "Promo 2016" mengandungi 2 buah lagu [durasi keseluruhan 3:17 minit] seperti senarai berikut:

1. Mind Control - 1:33
2. Depression and Lust - 1:44

"Tujuan kami meriliskan promo ini agar kami dapat berkongsi minat muzik itu sendiri dengan sahabat di luar sana, juga berharap agar material baru dan ringkas ini dapat diterima oleh penggemar muzik grind yang telah mendengarnya", ujar Azmeer berkenaan objektif penerbitan "Promo 2016" ini yang mana semua lagu dirakam di Studio Chromatic, Sandakan. Promo CD-R ini dijual pada harga cuma RM3 (tidak termasuk kos pengeposan) dan boleh diperolehi dari Azmeer - facebook.com/azmeer.ahke.


EKSTRIM telahpun mendengar rilisan ini dan berpendapat ia sebuah material yang cukup bagus dibantu kualiti bunyi yang memberangsangkan. Lagu-lagunya digarap dengan baik dan tersusun dalam menghasilkan irama Deathgrind yang padat dan berat. "Promo 2016" ini adalah satu permulaan di mana bagi pihak DEADBLASTER sendiri, ianya pemangkin untuk mereka terus berkarya dan memacu perancangan untuk merilis lebih banyak material di masa hadapan.

TERDAHULU:

2016-05-19

21/05/2016 - DRUNKARD NIGHT HOLOCAUST #18

TARIKH: 21 MEI 2015 [SABTU] | LOKASI: THE WALL, BATU PAHAT | MASA: 8MLM | TIKET: RM10 | BAND: BRAINCELL / BADASS FARMER / INDECIXIVE / BLINDED HUMANITY / MEDIA SKEPTIC | ANJURAN: BP DRUNKARD


INFORMASI:
facebook.com/thewallbp

2016-05-13

BRUTAL ART RECORDS: HUMILIATION - HONOURABLE DISCHARGE | 30/09/2016


HUMILIATION mengakhiri kontrak mereka di bawah naungan label dari Massachusetts (USA), DEEPSEND RECORDS menerusi pengeluaran 3 album terdahulu; "Turbulence from the Deep" (2013), "Battalion" (2014) dan tahun lalu "Under the Siege of Invasion" (2015). Tidak sesekali menandakan itu satu penamat, HUMILIATION tetap kekal dengan modus operandi merealisasikan satu album setiap tahun, berturut-turut. 

Bagi tahun 2016, operasi (mengeluarkan album) itu diteruskan di mana kali ini menerusi BRUTAL ART RECORDS, sebuah label dari Jerman yang sebelum-sebelum ini begitu banyak memberikan komitmen merilis split 7" EP membabitkan HUMILIATION serta mengaturselia beberapa siri tour mereka di benua Eropah, termasuklah di negara Jerman itu sendiri. "Honourable Discharge" adalah bakal album ke-7 dalam turutan kronologi full-length dihasilkan HUMILIATION, dijadualkan rilis pada 30 September 2016.

Berikut adalah kenyataan rasmi pihak label pengeluar berkaitan rilisan album tersebut [dalam Bahasa Inggeris]: "Soldiers. Today we finally can proudly announce the release date for the seveth full-length album of the Malaysian old school death metal war machine. "Honourable Discharge" will see the light of the battle field right in time in the beginning of their Bullets Over Germany Tour. The release show will take place September 30th at Moritzbastei/Leipzig. Expect heavy artillery fire and look out for shelter - this will be your one and only chance to survive!!! More Infos will come soon! Mastered by Ferli Thielmann (Milking The Goatmachine, Skinned Alive)." - Brutal Art Records, 12/05/2016.


Setia dengan muzikal berat Death Metal old-school beruratnadikan band seperti Bolt Thrower dan Asphyx, "Honourable Discharge" yang mendapat sentuhan mastering oleh Ferli Thielmann dilancar secara rasmi serentak dengan jelajah HUMILIATION di sana - BULLETS OVER GERMANY TOUR 2016 di mana pada tarikh 30.09.2016 itu HUMILIATION dijadualkan beraksi di acara METALFESTIVAL 12 di Moritzbastei/Leipzig. 

INFORMASI:

BERKAITAN:

14/05/2016 - DRUNKARD NIGHT HOLOCAUST #16

TARIKH: 14 MEI 2015 [SABTU] | LOKASI: THE WALL, BATU PAHAT | MASA: 8MLM | TIKET: RM10 | BAND: BLACK DEMONS / BENZOATE / NIK SALIM & SAING-SAING / NO SECURITY | ANJURAN: BP DRUNKARD


INFORMASI:
facebook.com/thewallbp

2016-05-12

LARRONG - BAKAL RILIS SINGLE 2016


Antara rilisan terakhir LARRONG adalah dari tahun 2012 iaitu album split "Kebangkitan" bersama ZHORBOOTHUS (Indonesia) [keluaran Muzik Box Production] dan juga sebuah EP 4-lagu "Nuclear Armageddon" [keluaran Menjrex Nerto Productions]. Wirama Death Metal asal Matu, Sarawak ini dijangka kembali dengan material terbaharu, Single berjudul "Headhunter Horde" dijadual rilis pada 1 Jun 2016 dalam format kaset. Difahamkan juga kandungan kaset "Headhunter Horde" ini nanti turut dimuatkan lagu-lagu dari EP 2012 "Nuclear Armageddon". Nantikan berita selanjutnya pada Jun akan datang!

Nota: Sedikit masa lalu EKSTRIM pernah menyiarkan artikel berkaitan pengeluaran "Head Hunter" Single 2013 dan rancangan album penuh "Ritual Decapitation" namun tiada pengesahan terkini berkenaan rilisan-rilisan tersebut.

INFORMASI:
facebook.com/Larrong-204622566219138

TERDAHULU:
LARRONG - AKAN DATANG: HEAD HUNTER SINGLE 2013
LARRONG - KULIT LUAR ALBUM "RITUAL DECAPITATION"
MUZIK BOX PRODUCTION: LARRONG / ZHORBOOTHUS - KEBANGKITAN [SPLIT]
LARRONG - NUCLEAR ARMAGEDDON [EP 2012]

NARROWARDS: IVVIIV - ENDLESS MORBIDITY [NARROW666]



Ini merupakan sebuah projek one-off dan sesuatu yang dianggap istimewa bagi pihak NARROWARDS sendiri, dengan yang demikian katalog produk ini dinomborkan NARROW666. Ia satu kolaborasi diantara NARROWARDS dan ILLUSION OF DEAD PRODUCTIONS, rilisan sulung dari IVVIIV berupa sebuah album mini berjudul "Endless Morbidity". Mungkinkah ini rilisan Black Metal terbaik dari arena Metal Ekstrim Malaysia bagi tahun 2016? Sila dengarkan sampel di narrowards.bandcamp.com, ianya sesuatu yang tidak pernah anda dengari dari scene tempatan (sebelum ini). IVVIIV bermaharaja! 300 salinan bernombor pro-CD dikeluarkan.


It is sort of a 'one-off' projects, and a special one for us indeed, thus the catalogue number NARROW666. A collaboration between us and Illusion Of Dead Productions (large part of it, true), is the debut release of IV V I IV in the shape of a mini-album "Endless Morbidity". THE black Metal release of the Malaysia extreme Metal scene in 2016? Go ahead, hear the sample at our narrowards.bandcamp.com bunker, this is something that have not been heard of in the local scene. IV V I IV reigns. 300 copies hand-numbered pro-CD release.narrowards.blogspot.com | 10/05/2016

RM15 [tidak termasuk pos] / USD13 or EUR11 [shipping inclusive] | Hubungi / Contact: narrowards@gmail.com / facebook.com/narrowards.kult

INFORMASI:
narrowards.blogspot.com
narrowards.storenvy.com
narrowards.bandcamp.com
facebook.com/narrowardskult
facebook.com/illusionsofdead

BERKAITAN:
IVVIIV - EP "ENDLESS MORBIDITY" DI PASARAN

HARIAN METRO: PENTAS MUZIK BERAT


Nama kumpulan Farasu, Infectious Maggots dan Suffercation mungkin kurang dikenali serta tidak mendapat tempat di hati peminat muzik arus perdana.

Sebaliknya, mereka sudah membina jenama yang kukuh dalam kalangan penggemar muzik berat kerana lama berjuang dengan konsisten secara bawah tanah.

Tidak dikenali menyeluruh oleh semua peminat bukanlah alasan bagi menghentikan minat mereka untuk terus berkarya dengan cara ini.

Kegigihan ketiga-tiga kumpulan ini ternyata berbaloi apabila mendapat kepercayaan daripada Hard Rock Cafe Melaka bagi mengisi slot ‘Live Music’ pada 28 Mei ini.

Mereka akan beraksi bermula jam 3 petang.

Sebelum ini, pentas Hard Rock Cafe Melaka pernah menampilkan kumpulan genre sama antaranya Brain Dead, Sil Khannaz, Necrotic Chaos dan FTG yang mendapat sambutan baik daripada pencinta muzik berat.

Ini menjadi antara faktor utama Hard Rock Cafe Melaka membuka ruang kepada Farasu, Infectious Maggots dan Suffercation beraksi di premis yang turut menjadi tumpuan pelancong ini.

Disiplin yang baik juga antara kriteria ditetapkan pihak Hard Rock Cafe Melaka.

Kumpulan Farasu ditubuhkan pada 2002 hasil penyatuan dua kumpulan iaitu Brave In Vision dan Iron Storm.

Kumpulan yang dianggotai Shah Zaini, Nahak, Ordil Jay Sven, Apai dan Mus Fidayyin ini tampil dengan album pertama berjudul Menongkah Arus pada 2010.

Album bernadikan ‘eastern metal’ ini mendapat sambutan cukup menggalakkan dalam kalangan penggemar muzik berat. Mereka kemudian tampil dengan album kedua berjudul ‘Against Tyranny’ pada 2015.

Kelahiran album ini seakan-akan membuka lembaran baru bagi Farasu kerana turut mendapat tawaran mengadakan persembahan di Indonesia antaranya dalam Jogja Brebeg Fest, Batam Undersick­ness 4, Dumai Tektonik, Daimonous Open Air dan sebagainya.

“Kami begitu teruja dan berterima kasih kepada Hard Rock Cafe Melaka kerana memberi ruang dan peluang kepada Farasu untuk turut sama memeriahkan siri ‘Live Music’ bersama dua lagi kumpulan.

“Tentunya kami akan berusaha memberikan yang terbaik untuk peminat yang hadir dan memastikan mereka pulang dengan hati yang puas,” kata Nahak.

Infectious Maggots pula asalnya dikenali dengan nama ABC Dead. Pada awal penubuhannya pada 1991, ia di barisi Lan Bear, Lan Bye, Kochix, Wan Ermie dan K-Roll.

Selepas kemasukan Fathul sebagai penyanyi, barulah nama ini ditukar menjadi Infectious Maggots.

Mereka menghasilkan demo pertama berjudul ‘Life Among The Ruins’ memuatkan empat lagu yang berjaya menambat syarikat rakaman Sonic Asylum Records.

Infectious Maggots akhirnya tampil dengan album pertama berjudul ‘Deep Within Our Grief Factory, Milk Runs Red’ pada 1992.

Mereka seterusnya menghasilkan beberapa lagi album iaitu Unknown dan Karat Besi Simfoni.

Nama Suffercation yang ditubuhkan pada 1990 sering meniti di bibir peminat muzik ‘underground’.

Penyatuan anggota asal kumpulan ini pasti dinantikan peminat. Jeff, Ly, Rob dan Loli adalah tulang belakang yang memantapkan muzik Suffercation itu sendiri.

Album pertama berjudul ‘Day Of Darkness’ keluaran Valentine Sound Production (VSP) pada 1992 sentiasa menjadi bualan peminat dari dulu sehingga kini.

Sehingga kini Suffercation hadir dengan enam album iaitu Day Of Darkness, Cryptic Existence, In Sufferance, Karisma..Rialiti..Abadi.., Pendekar dan As We Breathe..

“Buat peminat yang hadir nanti, Suffercation hanya akan menampilkan lagu-lagu yang terdapat dalam album pertama, Day Of Darkness. Ia sesuatu yang eksklusif untuk mereka.

“Pastinya kami akan memberikan sesuatu yang mengujakan, apatah lagi kembalinya vokalis asal iaitu Jeff Ilias sedikit sebanyak akan mengubat kerinduan peminat terhadap lagu-lagu dalam album ini.

“Suffercation kini giat berlatih demi kepuasan peminat. Biarpun ada antara kami yang berada di luar Kuala Lumpur, namun untuk persembahan di Hard Rock Cafe Melaka nanti, ia bukan halangan buat kami untuk kembali bersama,” kata Ly Razak.

Tiket untuk menyaksikan persembahan ini berharga RM40. Pembelian tiket boleh dibuat dengan melayari www.hardrock.com/melaka atau datang sendiri ke Hard Rock Cafe Melaka.

Keterangan lanjut boleh didapati dengan menghubungi enquiries@hardrockcafe-melaka.com.

Sumber: hmetro.com.my | Penulis: Ridzuan Abdul Rahman – mohamadridzuan@hmetro.com.my | Artikel disiarkan pada: Khamis, 12 Mei 2016

BERKAITAN:

21/05/2016 - AIR SICKNESS STAGE #1

TARIKH: 21 MEI 2016 [SABTU] | LOKASI: HOSHA STUDIO, TAMAN MELATI, NILAI, NEGERI SEMBILAN | MASA: 6PTG | TIKET: RM5 | BAND: ORPHELISK / DESECRATE A.D. / FILOFORCE / KEMOLORG / VINIIR | ANJURAN: AIR WOKOS STAFF / NILAI METAL BLAST


INFORMASI:
facebook.com/hery.skullokos

21/05/2016 - SANITARIUM D'SHOW

TARIKH: 21 MEI 2016 [SABTU] | LOKASI: THE ROCKIN JAMZ HALL, NO. 152-02 TMN SIERRA PERDANA 4/1, 81750 MASAI, JOHOR | MASA: 3PTG | TIKET: RM15 | BAND: LOGAM / BLACKSEED / BOMBRAD / THE MISTER / KIDS IN CHARGE / SLB / GREATEST IMPOSER / AKEEM NOT MAGISTRATE / SEXECUTIONER | ANJURAN: NO REMORSE


INFORMASI:
facebook.com/The-Rockin-1658702031059862

2016-05-06

DEADBLASTER - LANCAR "PROMO 2016" DI HELLTHEE DAMNATION DAY


DEADBLASTER - grindcrusher dari Lahad Datu dijadualkan merilis material "Promo 2016" di mana edarannya akan mula dilancarkan semasa penyertaan band ini di acara HELLTHEE DAMNATION DAY, pada Ahad, 8 Mei 2016 di Sri Perdana, Lorong 4, Tingkat 1, Lahad Datu, Sabah. Dapatkan promo ini di sana!!

BERKAITAN:
08/05/2016 - HELLTHEE DAMNATION DAY

2016-05-05

CELESTIAL FREQUENCY - CF0003: GRANDEUR OF THE EAST COMPILATION


Ceritera di sebalik tabirnya telah lama didengari. Kisahnya sudah tersebar sekitar 2013 lagi. Perancangan dan pembikinan menelan masa panjang mungkin untuk jaminan kualiti yang terbaik. GRANDEUR OF THE EAST – ia nama sebuah rilisan kompilasi menghimpunkan kumpulan-kumpulan metal ekstrim tempatan di bawah usaha CELESTIAL FREQUENCY akhirnya berada di pasaran!!! GRANDEUR OF THE EAST COMPILATION [Kat#: CF0003] dikeluarkan secara rasmi pada 11 April 2016 menampilkan 10 buah band bersama deretan lagu-lagu yang ditulis dan dirakam eksklusif untuk kompilasi ini.

Senarai Band & Lagu:
01. NOSFERIEL (Terengganu) - Myrmidonian Angel War
02. BLACK ABYSS (Selangor) - Unlight Destroyer
03. ANGUISH (Pahang) - Screams of Brutality
04. IVVIIV (Pahang) - The Ancient Prophecy I Desired
05. COLLAPSUS (Kedah) - Nocturnal Inception
06. TAHANNUS (Terengganu) - Storm of Seven Gods
07. SUFFER REMAINS (Terengganu) - Remnants of the Ruined World
08. IMPERIAL (Kuala Lumpur) - Emperor of the Hordes
09. VISITANT (Pahang) - Realm of the Night
10. TASYIM (Pahang) - The Cried.. The Tears






Penantian terhadap rilisnya GRANDEUR OF THE EAST memang berbaloi! Sepuluh band yang berwibawa, malah sebahagian besarnya datang dari era emas 90-an, 10 buah lagu yang ditulis dan dirakam dengan teliti, penghasilan kualiti bunyi berprofil tinggi [semua rakaman dan adunan di Studio Quantize, Kuala Lumpur di bawah kendalian Azumbi (Collapsus)] dan CD yang dicetak profesional turut dilengkapi booklet setebal 12 halaman berwarna, informatif dan semua lirik disertakan.

Difahamkan, GRANDEUR OF THE EAST boleh diperolehi di toko-toko muzik ekoran adanya kerjasama dengan pihak LIFE RECORDS sebagai ejen edaran. Kompilasi ini dijual di pasaran pada harga RM33.90 dan boleh juga dapatkan salinan anda melalui pos dengan tambahan kos poslaju RM7 Semenanjung / RM10 Sabah & Sarawak samada daripada CELESTIAL FREQUENCY | Facebook: fb.com/celestialfrequency | E-mel: celestialfrequency.malaysia@gmail.com | ataupun wakil pengedarnya ITNA TSIRHC MERCHANDISING | Facebook: fb.com/hulubalangtimur (Azril Hulubalang Timur) | E-mel: hulubalangtimur@gmail.com


GRANDEUR OF THE EAST juga disediakan dalam format digital untuk dimuat-turun (berbayar) di laman-laman berikut: deezer.com / itunes.apple.com / play.spotify.com malahan juga boleh diperolehi secara Mobile Downloads (hanya dalam Malaysia): Maxis, Digi, Celcom dan U-Mobile [rujuk kod & kaedah muat-turun di kulit belakang produk rilisan CD tersebut]. Rekomendasi: Kalaulah anda dalam pencarian sebuah kompilasi (band metal tanahair) yang "terbaik" dari pelbagai sudut, GRANDEUR OF THE EAST adalah jalan penyelesaiannya! Rebut peluang ini kerana ianya terhad.

UNDER THE GROUND NECRO'PILATION PART #01: NORTH BORNEO ASSAULT


KIMAR RECORDS, sebuah label produksi berpengkalan di Kota Kinabalu baru sahaja menerbit dan memasarkan keluaran terbaharu: UNDER THE GROUND NECRO'PILATION PART #01 [Kat#: KMR007 16TP06] secara rasmi pada 1 Mei 2016. Direalisasikan dalam format kaset profesional (Pro-Tape), ia adalah sebuah kompilasi yang menghimpunkan sejumlah 10 buah band dari utara Borneo atau lebih tepat negeri Sabah. Berikut adalah senarai band yang diketengahkan dalam edisi pertama kompilasi tersebut:

01. FLOODZILD (Papar)
02. TORMENTOR (Tenom)
03. MADBULLET (Lahad Datu)
04. INFELICITY (Papar)
05. SEPULCHER (Lahad Datu)*
06. M.S.E. (Sandakan + Tawau = Kota Kinabalu)
07. DISOBEYED (Tawau)*
08. INSIDE (Kota Kinabalu)*
09. N.V.T. (Tuaran)*
10. ZOGHNITY (Tawau)

Band-band bertanda (*) telah menampilkan lagu-lagu eksklusif untuk kompilasi ini. Secara keseluruhan, pendengar boleh menikmati pelbagai genre muzik ekstrim di dalam kompilasi ini; grindcore, speed, thrash, death dan black metal. UNDER THE GROUND NECRO'PILATION PART #01 terhad kepada 300 salinan (hand-numbered) sahaja! Segera dapatkan pada harga RM15 (edaran ditangan) + poslaju RM5 (Borneo) / RM10 (Semenanjung).



Sila hubungi KIMAR RECORDS di alamat: Rithzali Nasir, P.O.Box 17159, 88872 Kota Kinabalu, Sabah. | Facebook: fb.com/adiek.necro.i.ak | E-mel: kimar696@gmail.com | SMS/WhatsApp: 013-8722994 | International order: USD12 [worldwide incl. registered mail] or fair TRADE!

2016-05-04

28/05/2016 - HRC MELAKA LIVE MUSIC: SUFFERCATION / INFECTIOUS MAGGOTS / FARASU

TARIKH: 28 MEI 2016 (SABTU) | LOKASI: HARD ROCK CAFÉ MELAKA, NO. 28 LORONG HANG JEBAT, 75200 MELAKA | MASA: 3PTG | TIKET: RM40 | BAND: SUFFERCATION / INFECTIOUS MAGGOTS / FARASU | ANJURAN: ANJURAN: HRC MELAKA / RAWK PORTAL


Hard Rock Café Melaka terus menjadi platform mengangkat martabat muzik berat tanahair. Ini kali ketiga Kota Bersejarah menerima kehadiran pemuzik-pemuzik metal di lokasi berprestij itu, setelah kali pertama bersama SIL KHANNAZ & BRAIN DEAD (14/11/2015) dan kemudiannya FTG & NECROTIC CHAOS (27/022016). Bertarikh 28 Mei 2016 akan datang, giliran SUFFERCATION dan INFECTIOUS MAGGOTS disertai FARASU pula menggegarkan ruang dan suasana Hard Rock Café Melaka.



SUFFERCATION – Ditubuhkan sekitar tahun 1988 di Pasir Mas, Kelantan, Suffercation mencipta sejarah menjadi band Death Metal pertama yang merakam dan mengeluarkan album penuh di negara ini. Gahnya “Day of Darkness” telah meletakkan arena metal tempatan di peta muzik ekstrim dunia. Album keluaran Valentine Sound Productions pada pertengahan 1992 tersebut tidak pernah luput ditelan zaman, terus didengari sehingga kini malah telahpun ada beberapa siri keluaran semula. Tampilnya Suffercation di Hard Rock Café Melaka nanti, mereka dijadualkan memperaga kesemua lagu dari album “Day of Darkness”. Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati barisan lagu-lagu klasik seperti Satan Cries, Carnage of the Christ, Belial Conspiracy dan sebagainya dimainkan di persada pentas. Inilah ketulenan Death Metal yang sukar anda temui pada hari ini.

INFECTIOUS MAGGOTS – Fakta yang tidak boleh diubah, Infectious Maggots adalah band berkonsepkan Grindcore yang pertama mengeluarkan album penuh di Malaysia. “Deep Within Our Grief Factory Milk Runs Red” dikeluarkan pada tahun 1993 oleh Sonic Asylum Records. Pasti ramai yang merindui lagu-lagu hebat kumpulan ini umpamanya Shapechanger, Black Ritual Ceremony dan Earwax Remover kerana Infectious Maggots tidak selalu beraksi di pentas. Kehadiran Infectious Maggots di Hard Rock Café Melaka nanti sudah tentu mengubat keinginan melihat kelibat Fathul memainkan perasaan anda sekalian! Menariknya, sepanjang awal tahun 2016 ini difahamkan Infectious Maggots berkurung di sebuah studio untuk proses rakaman album baharu dan jika tiada aral melintang mahakarya terkini dari band ini bakal turut rilis pada hari tersebut (28/05/2016). Juga dikhabarkan, album itu adalah penglibatan terakhir Fathul bersama Infectious Maggots. Karisma sang pelantun suara yang tiada tolok-bandingnya. Saksikan nanti!

FARASU – Tanpa ragu-ragu, Farasu adalah lambang kegemilangan muzik metal tempatan era alaf baru. Mereka bukan sekadar kesinambungan revolusi 90-an tetapi sebuah band yang meletakkan misi dan visi menjulang tinggi kualiti metal buatan Malaysia di mata dunia. Ditubuhkan sekitar awal 2000-an, Farasu pada hari ini adalah sebuah band yang cukup besar dan tersebar namanya. Farasu antara contoh terbaik kumpulan-kumpulan muzik metal tempatan yang berjaya. Kesungguhan, kematangan serta daya kreativiti yang tinggi yang ada pada setiap anggota kumpulan Farasu membolehkan mereka menghasilkan satu bentuk muzik adunan Eastern Metal dan Melodic Death Metal yang begitu padu dan bermutu! Jatidiri Farasu cukup menyerlah dalam “Against Tyranny”, album kedua mereka yang dipasarkan pada tahun 2015 lalu. Mereka akan buktikannya di Hard Rock Café Melaka nanti dan anda perlu hadir untuk menjadi saksi pada tarikh 28 Mei 2016 tersebut.


T-shirt official untuk acara ini juga dikeluarkan! Tempahan untuk memiliki t-shirt ini dibuka sehingga 20 Mei 2016. Sekiranya berminat, sila hubungi Facebook: Masumi DiGiorgio atau WhatsApp: 012-9199628. Ayuh sokong Muzik Metal Malaysia!

INFORMASI:

07/05/2016 - METAL WARFARE II

TARIKH: 7 MEI 2016 (SABTU) | LOKASI: GARAGE STUDIO, TAMAN MELAWATI, KUALA LUMPUR | MASA: 5PTG | TIKET: RM25 | BAND: DAARCHLEA / ORPHELISK / PREDICATE NOT DEFINED / KISS THE FALLEN / LAKES AND SNADDERS / AS OUR THRONE | ANJURAN: GARAGE MUSIC / TFHM ASIA


PRESALE RM20 - HUBUNGI ARIAN [0196919165/0173184661]

INFORMASI:
facebook.com/events/1025347320876808
facebook.com/garagestudio1
facebook.com/groups/736038903151108

07/05/2016 - DRUNKARD NIGHT HOLOCAUST #15

TARIKH: 7 MEI 2016 (SABTU) | LOKASI: THE WALL, BATU PAHAT | MASA: 9MLM | TIKET: RM10 | BAND: ANGKARA / BOMBRAD / BURNING CIVILIANS / THE PAPAS / ACID DISTORTION | ANJURAN: BP DRUNKARD


INFORMASI:
facebook.com/thewallbp

2016-05-01

VIDEO MUZIK: FARASU - AGAINST [VERSI HITAM PUTIH]


Pada 30 April 2016, band Eastern Melodic Death Metal FARASU telah mempertontonkan versi hitam putih video muzik mereka "Against Tyranny" di laluan YouTube: youtu.be/Ec6I4sCTjqU | Ini adalah versi alternatif sebelum pelancaran versi rasmi berwarna penuh.


Video di atas adalah "the making" (pembikinan) video muzik berkaitan yang dikongsikan di youtu.be/L8nxOnoW5Mc pada 26 Januari 2016. 

INFORMASI:
facebook.com/farasuthetruly
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...