2016-02-05

VOIDNAGA - DEMO MMXVI BAKAL DIKELUARKAN!


VOIDNAGA ujud sekitar tahun 2015 sebagai projek solo terbaharu Adlan setelah beliau membuat keputusan untuk menamatkan riwayat projek terdahulu IMPIOUS BLOOD. Kecenderungan serta minatnya yang mendalam terhadap muzikal percampuran Black/Death/Doom Metal kini dipindahkan kepada VOIDNAGA yang turut disuntik elemen kepercayaan kuno dan doktrin “black magic” masyarakat Melayu di zaman dahulukala. Elemen-elemen ini digarap dan diterapkan dalam penulisan lirik untuk VOIDNAGA.

Adlan – semua instrumen dan vokal

Dalam diam, VOIDNAGA telah menyediakan bahan-bahan yang secukupnya untuk rilisan pertama – Demo MMXVI. Menurut Adlan, kerja-kerja gubahan dan rakaman dibuat sepanjang beliau berada di satu lokasi yang terasing dari dunia luar, jauh dari kesibukan bandar. Untuk makluman, VOIDNAGA ditubuhkan di Baling, Kedah. Kerja-kerja rakaman dan adunan telah siap sepenuhnya pada Disember 2015 dan demo ini nanti bakal memuatkan sebuah intro dan 3 buah lagu, seperti berikut:

1. Intro (The Coronation) – 2:57
2. Emanated Light Towards Chaos – 5:28
3. Haze Bore Darkness – 5:08
4. Those Who Dwell in the Halo of the Sun – 4:34

Senilukis oleh Alex Morkh Shadrin dari Nether Temple Design (Russia)

Semua audio untuk Demo MMXVI telah melalui proses mastering oleh VK dari Vassafor (New Zealand). Sebuah label berpengkalan di Jerman iaitu Iron Bonehead Productions akan bertindak sebagai pengeluar demo ini di mana ianya dijadualkan pada 11 Mac 2016.


EKSTRIM telah diberi peluang mendengar kesemua lagu dalam Demo MMXVI. Demo berdurasi keseluruhannya lebih 18 minit ini dimulakan dengan alunan Nobat, sebuah mainan muzik tradisional Kedah selama hampir 3 minit. Tiga lagu seterusnya adalah perkara yang lebih menakjubkan! Ia adalah transformasi baru ketaksuban Adlan (semua instrumen & suara) terhadap irama Black-Death-Doom. Ia seakan kesinambungan dari apa yang telah dibuat dalam IMPIOUS BLOOD akan tetapi menerusi VOIDNAGA ianya kedengaran lebih mendalam dan begitu kelam. Nantikan rilisan ini oleh IRON BONEHEAD PRODUCTIONS pada 11/03/2016... anda pasti dirasuk dan terpukau!!

INFORMASI:
facebook.com/voidnaga
facebook.com/IronBoneheadProductions

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...