2016-02-28

HUMILIATION / DEADLY SPAWN - SPLIT 7" EP


Setelah berkolaborasi dengan sebuah band Jepun TASTE dalam rilisan Split CD – "Bullet Storm / The Blood of the Disaster Dead" keluaran BLOODBATH RECORDS pada awal Januari 2016 lalu, wira Death Metal militari HUMILIATION sekali lagi digandingkan bersama band yang juga dari Negara Matahari Terbit iaitu DEADLY SPAWN dalam Split 7" EP berjudul "White Death / Death Striker" keluaran label Jerman, BRUTAL ART RECORDS. Usahasama dengan DEADLY SPAWN, band Death Metal dari Tokyo yang ditubuhkan pada tahun 1997 ini pastinya memberi lebih ruang dan peluang kepada HUMILIATION melebarkan lagi sayap mereka di sebelah timur benua Asia.

Side A
1. HUMILIATION - White Death
Side B
2. DEADLY SPAWN - Death Striker




Split HUMILIATION / DEADLY SPAWN ini dikeluarkan terhad kepada 250 salinan sahaja dan tersedia dalam 3 warna piring; 70 unit kuning, 80 unit merah dan selebihnya 100 unit hitam. Rilisan ini secara rasmi dikeluarkan pada tarikh 29 Januari 2016 juga dikenali sebagai THE JAPAN-TOUR EP – sempena siri jelajah HUMILIATION di beberapa kota di negara tersebut, dalam JAPAN INVASION 2016 dari 3 hingga 7 Mac 2016.

INFORMASI:

BERKAITAN:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...