2016-02-17

FTG - AFTER THE PROMISE | 12" VINYL LP | 27/02/2016


Perkhabaran ini pasti menjadi satu berita gembira buat penyokong setia kumpulan Thrash FTG dan pengumpul rilisan piringhitam band tempatan! Album full-length pertama FTG "After The Promise" keluaran asal tahun 1992 oleh Valentine Sound Productions (VSP) bakal berada semula di pasaran dalam format 12" Vinyl LP di bawah produksi MAMAT RECORDS. Untuk makluman, rilisan ini juga baru sahaja dikeluarkan dalam format CD oleh pihak New Southern Records (NSR) pada Ogos 2015 lalu.


Edisi vinyl ini diperbuat di Jerman terhad kepada 300 unit sahaja di mana 100 unit hitam, 100 unit kelabu dan 100 unit lagi hijau. Setiap unit akan disediakan helaian senikata dan juga poskad percuma! Kiranya anda teruja dengan rilisan ini, asingkan wang anda sekarang dan bersedia! Ia bakal rilis pada tarikh 27 Februari 2016 - pada hari yang sama FTG bakal tampil beraksi di pentas berprestij Hard Rock Cafe Melaka. Thrash Metal rules!!!

INFORMASI:

BERKAITAN:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...