2016-02-23

REPUTDEATH - DEMO II



Biarpun sedikit tertunda dari perancangan awal [jadual asal November 2015], REPUTDEATH akhirnya tampil dengan "Demo II" dalam format kaset diy rilis melalui label CHICKENSHIT REKOD [Kat#: SHIT03]. Kaset ini pengeluarannya terhad kepada 50 unit sahaja dan diedarkan pada harga cuma RM7 (tidak termasuk kos penghantaran pos) atau penukaran barangan yang munasabah (sila hubungi pihak band berkenaan terlebih dahulu).


"Demo II" memuatkan 4 buah lagu baru dan turut disertai track intro dan outro. REPUTDEATH asal Kota Kinabalu, Sabah ini menawarkan muzikal beraliran Old Skansk Dødsmetall (atau dalam ertikata lain Oldshool Swedish Death Metal) yang raw, ugly dan rotten!! Demo ini juga untuk semua peminat tegar G.A Romero dan Lucio Fulci.

Senarai-Lagu:
1. Invasions of Death (intro)
2. Corpse of the Dead
3. Tarman
4. Carnal Disease
5. The Graverobber
6. Dawn of the Dead (outro)


Nota: PROMO 2015 CD-R mengandungi 3 buah lagu yang terlebih dahulu diedarkan sebelum ini untuk semua pembikin fanzine masih boleh diperolehi. Ianya percuma bagi tujuan promosi dan mendapatkan pandangan/ulasan.

Hubungi: Mika Rot - facebook.com/muhammad.mikail.3

BERKAITAN:
REPUTDEATH - PROMO 2015 CD-R
REPUTDEATH - BAKAL KELUAR DEMO KEDUA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...