2016-01-12

BLOODY BAT PRODUCTION - BB004: IMPIOUS BLOOD - TEMPLE OF FLESH, PILLARS OF BONES [RE-ISSUE]


Rilisan asal "Temple of Flesh, Pillars of Bones" adalah dalam format CD-R bertarikh 9 Mei 2013 secara independen oleh pihak band IMPIOUS BLOOD. Material ini kemudiannya dirilis dua kali dalam format kaset oleh sebuah label tempatan NEXRO RECORDS sekitar tahun 2013 diikuti versi INFERNAL KOMMANDO RECORDS (label Peranchis) pada awal tahun 2015. Ekoran sambutan menggalakkan serta masih adanya permintaan, kini sebuah lagi label tempatan BLOODY BAT PRODUCTION diberi mandat untuk mengeluarkan semula satu-satunya demo dari IMPIOUS BLOOD tersebut.

Keluaran kali ini melalui BLOODY BAT PRODUCTION [Kat#: BB004] kembali kepada format asal iaitu CD-R dalam pakej kotak DVD. Bagaimanapun, pengeluaran semula oleh BLOODY BAT lebih istimewa! Ianya bukan sahaja menampilkan artwork baru sebagai penghias kulit hadapan tetapi lebih eksklusif ditambah sebuah lagu lain yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini (unreleased) sebagai bouns. Lagu tersebut, Void of Abominable Darkness pernah suatu ketika dahulu dirancang untuk satu projek split 7" tetapi tidak menjadi kenyataan. 

01. Intro
02. Thorns of Malice
03. Interlude
04. Impious Temple of Flesh & Bones
05. Outro
06. Void of Abominable Darkness (bonus/unreleased)


IMPIOUS BLOOD bukan calang-calang kualitinya! Projek one-man-band dari Kedah ini pembikin irama Black/Death Metal yang setanding dengan band-band ternama di negara luar. Edisi baru "Temple of Flesh, Pillars of Bones" ini sesuatu yang tiada lagi alasan untuk anda terlepas! Ianya terhad 75 unit sahaja dan setiap salinan disertai pelekat (logo band) percuma! CD-R ini telah mula diedarkan pada harga RM8 seunit. Hubungi bloodybatproduction@gmail.com atau laman facebook label tersebut sekarang!!!

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...