2016-01-02

ULASAN | KROSOT / GORB - SPLIT TAPE


KROSOT / GORB - Split Tape
Raung Records, 2015

Gelarlah aku poser jikalau menikmati dan menghargai sesuatu karya non-metal itu satu kesalahan di bawah akta “true metal maniac”, haha. Kali ini aku nak bercakap tentang split tape yang genre-nya jatuh di bawah profil muzik elektronika. KROSOT adalah pencernaan bunyian harshnoise dijana oleh dua anggota kumpulan noisegrind DOSA. Kemahiran Amir dan Madi memanipulasi bunyi dari gajet dan circuit bending menghasilkan lagu Taqiyah (side A) yang kedengaran merenjat dan menggetar bagai terkena kejutan elektrik. GORB pula juga bukan nama baru. Air tangan saudara Jadam (gitaris NECROTIC CHAOS / PROFANE CREATION) telah aku dengari sejak debut demo (1994 tak silap) berbau Techno/Industrial. Dua lagu dalam split ini (side B); Jauh Di Mata dan Abcess adalah revolusi Jadam selepas 20 tahun bereksperimentasi melalui GORB. Lagu-lagunya seperti gubahan remix yang asyik dan mengkhayalkan hasil gunapakai software tertentu. Maaf kiranya tafsiran aku melalut dan kelaut. Aku mengulas dari kacamata seorang metalhead. Yang pasti, split tape ini eksplorasi bunyi menerusi aplikasi alatan dan perkakasan. Hanya untuk mereka yang bersedia untuk berada dalam dimensi lain.

facebook.com/raung.rekod

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...