2016-01-04

LANGSUYR - BANTAIGRAM



Selepas “Asyik” dikeluarkan pada tahun 2006, LANGSUYR hanya sekali-sekala muncul di pentas (sedikit kerap sekitar 2011-2013), sesekali juga memuat-naik prebiu lagu baru tanpa rancangan yang kukuh tentang pengeluaran apa-apa rilisan. Pernah dahulu terdengar adanya rakaman album kedua “Bullet” (sekitar 2007) namun tergendala dan tertunda hingga kini. LANGSUYR tidak pernah hilang dari tagihan ramai penggemar muzik metal tempatan agar ada satu keluaran baru dari mereka. Nama ini telah cukup gah semenjak demo “Occultus Mysticism” lagi.

Keujudan label baru, Mamat Records rupanya bukan sekadar mahu menaik-taraf rilisan cult “The Eastern Cruelty” kepada format piringhitam 12" yang rilis tahun lalu, September 2015. Setelah 10 tahun dibuai keasyikan “Asyik”, LANGSUYR menerusi komitmen Mamat Records telah mengeluarkan material baharu mereka, sebuah EP bermuatan 4 buah lagu. EP ini [Kat#: MAT005-2M] direalisasikan dalam dua format sekaligus; cakera padat dan juga kaset.

Senarai lagu:
1. Malam – 3:23
2. Ini Jalanku – 4:20
3. Bantaigram – 5:11
4. Tunjuk Perasaan – 4:50


Dapatkan segera buahtangan terbaru LANGSUYR ini. Ia bukan sahaja menyajikan bahan yang bakal mengimbau kenangan pendengar ke atas rilisan-rilisan terdahulu mereka, tetapi juga mengubat rindu anda terhadap band yang kini terdiri daripada Azlan (vokal), Adjheez (dram), Azmaniac (gitar), Minami (bass) dan Azrym (gitar). EP yang sedang hangat di pasaran ini baru sahaja dilancarkan edarannya pada 2 Januari 2016 semasa LANGSUYR beraksi di pentas acara Mamat Fest, di Black Box, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Harga seunit CD adalah RM20 dan kaset RM15 (tidak termasuk kos penghantaran pos).


Ingat kata keramat ini: “Muzik Metal Bukan Setan.. Yang Menyetankan Muzik Itu Adalah Kamu.. Manusia!!”.

INFORMASI:
facebook.com/langsuyr
twitter.com/langsuyrband
facebook.com/MAMAT-Records-663147283827614

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...