2013-12-08

KILLER CORPSE - DEATH RISING EP 2013


KILLER COPRSE hakikatnya sebuah nama baru yang muncul di persada metal underground tanahair. Band ini ditubuhkan sekitar lewat tahun 2011, berpusat di Kuala Lumpur ahli anggotanya semua berasal dari negeri-negeri yang berlainan. KILLER CORPSE terdiri daripada Khirol (vokal), Matt (gitar), Shah (gitar), Hafiz (bass) dan Zalie (dram).

KILLER COPRSE yang berkonsepkan muzikal Death Metal baharu sahaja mengeluarkan sebuah EP berjudul "Death Rising" menampilkan 6 trek, sebagaimana berikut:

01. Death Rising (Intro)
02. Doomed To Death
03. Bloody Massacre
04. Horror of War 
05. Raining Blood
06. Rotting Slowly (Outro)

Salah-satu lagu yang dipetik dari EP ini iaitu 'Horror of War' telah diperdengarkan di laluan: http://youtu.be/R2bL8dkAOYE


Menurut gitaris Khirol, band KILLER COPRSE ini sebenarnya adalah sebuah band projek. Kebanyakan ahli band masing-masing mempunyai band lain. EP ini dikeluarkan atas dasar sahaja iaitu minat terhadap muzik Death Metal. Untuk memiliki EP ini atau sebarang pertanyaan mengenai band boleh menghubungi band ini melalui email killercorpse666@gmail.com

KILLER COPRSE "Death Rising" diriliskan oleh sebuah label yang berpengkalan di Subang Jaya iaitu STONEVILLE RECORDS:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...